24hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Kredit kepada sektor swasta bukan kewangan berkembang sebanyak 5.8 peratus pada April 2026 daripada 5.6 peratus pada Mac 2026 dipacu oleh pertumbuhan yang lebih tinggi dalam pinjaman perniagaan terkumpul dan bon korporat terkumpul, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
24hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor tenaga Malaysia disokong momentum peralihan tenaga negara serta rangka kerja kawal selia yang kukuh menerusi dasar utama nasional termasuk Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR) dan pelan hala tuju di peringkat negeri.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ryt Bank telah melancarkan platform pelaburan dalam aplikasi baharu yang dinamakan, Ryt Invest, pelaburan patut syariah yang pertama kali dibawa oleh sebuah bank digital dengan caj jualan sifar peratus.
25hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila ketegangan geopolitik yang memuncak di Asia Barat meningkatkan permintaan terhadap mata wang AS susulan sentimen penghindaran risiko semakin ketara.
28hari ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Selasa, dalam rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran yang berpotensi menamatkan konflik dan membawa kepada pembukaan semula Selat Hormuz.
28hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah pada Isnin susulan pelabur bersikap berhati-hati dengan aktiviti pengambilan untung dicatatkan dalam saham wajaran tinggi terpilih, dalam persekitaran peningkatan hasil bon global dan menjelang pengumuman data inflasi AS.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Sime Darby Bhd untuk suku ketiga tahun kewangan berakhir pada 31 Mac 2026 melonjak kepada RM654.00 juta berbanding RM193.00 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.
28hari ago
PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) -- Pelaksanaan biodiesel B15 yang akan bermula di seluruh semenanjung pada 1 Jun ini dijangka memperkukuh keselamatan tenaga negara tanpa menjejaskan jumlah eksport minyak sawit negara.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 5.4 peratus pada April 2026 berbanding 1.1 peratus pada bulan sebelumnya, peningkatan tertinggi sejak Ogos 2022, terutamanya didorong oleh harga produk berkaitan petroleum dan minyak mentah yang lebih tinggi, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah berikutan penjualan berterusan ke atas saham-saham wajaran tinggi terpilih, diterajui kaunter produk dan perkhidmatan perindustrian serta utiliti yang menjejaskan sentimen pasaran.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah sewaktu dagangan dibuka pada Isnin, diasak sentimen pelabur yang berhati-hati serta minat belian suram walaupun prestasi semalaman Wall Street meningkat.
30hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan berikutan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) terus meningkat dengan ketara dalam persekitaran ketegangan yang berterusan di Asia Barat.