5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) – Malaysia dan Turkiye disaran bertindak mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan dengan melangkaui aspek perolehan dan mewujudkan kerjasama strategik selain membangunkan industri pertahanan serta aeroangkasa tempatan secara bersama.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Ringgit dijangka mengekalkan trajektori pengukuhan minggu depan dan berpotensi melepasi paras 3.95 dalam keadaan optimisme pelabur namun berhati-hati terhadap perkembangan di Asia Barat, kata ahli ekonomi.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan aktiviti pengambilan untung minggu depan, dengan harga diunjur diniagakan antara RM4,200 satu tan dan RM4,300 satu tan, kata peniaga.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka melepasi paras psikologi 1,700 pada minggu depan, didorong oleh sentimen lebih kukuh selain harga minyak lebih stabil, kata penganalisis.
5hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencatatkan peningkatan minggu depan dengan potensi menghampiri paras US$4,800 di tengah-tengah perkembangan geopolitik yang berterusan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran bagi perdagangan pengedaran tahun ini pada 6.1 peratus, walaupun risiko negatif akibat krisis tenaga yang berterusan mungkin mendorong semakan turun terhadap unjuran itu.
5hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kebanyakannya lebih tinggi hari ini, dengan momentum belian tertumpu terutamanya pada saham teknologi, hartanah dan pembinaan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AirAsia X Bhd mengumumkan sijil perakuan pengendali udara (AOC) gabungannya membawa kira-kira 18.9 juta penumpang pada suku pertama 2026, meningkat sebanyak sembilan peratus berbanding tahun sebelumnya dipacu oleh lonjakan permintaan domestik.
5hari ago
GEORGE TOWN, 10 April (Bernama) -- Kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk meletakkan Malaysia pada kedudukan lebih tinggi dalam rantaian nilai semikonduktor melalui program MyChipStart, yang bertujuan memupuk syarikat reka bentuk litar bersepadu (IC) tempatan.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangka momentum dagangan di Bursa Malaysia Bhd kekal positif dalam tempoh terdekat sebelum beralih kepada sektor berasaskan pemulihan secara berperingkat berikutan purata nilai dagangan harian (ADV) yang lebih kukuh pada suku pertama 2026.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, didorong oleh minat belian dalam saham perbankan diterajui oleh Public Bank dan CIMB.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Apex Securities Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 pada 4.7 peratus tahun ke tahun, sejajar dengan julat unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) antara 4.0 hingga 5.0 peratus.