4bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan Draf Pendedahan mengenai Kewangan Terbuka tidak lama lagi dan memuktamadkan dasar itu menjelang tahun depan, dengan fasa pertama akan dilaksanakan secara interim, tertakluk kepada kesediaan industri dan orang awam.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan komited untuk mewujudkan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030 serta menubuhkan Suruhanjaya Data bebas bagi melindungi transformasi digital menerusi ekosistem kebangsaan yang komprehensif.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan pelaksanaan beberapa inisiatif utama bagi memacu pendigitalan di negara ini memandangkan sistem itu memerlukan lebih daripada sekadar teknologi serta model perniagaan baharu.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Syarikat Takaful Malaysia Am Bhd (Takaful Malaysia Am) memperkenalkan Perlindungan Takaful Siber pertama di Malaysia yang ditawarkan pada harga serendah RM14.80 setahun.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Usaha mereformasikan industri semikonduktor tempatan dan mencergaskan industri perkhidmatan global bernilai tinggi merupakan antara tumpuan utama dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), sebagai langkah memperkukuh kerencaman ekonomi negara.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang memuktamadkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2025–2030 sebagai kesinambungan kepada MCSS 2020–2024, kata Kementerian Digital.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Sebanyak 25 projek pelaburan pusat data diluluskan insentif Pecutan Ekosistem Digital (Desac) sepanjang tempoh 2021 sehingga 31 Mac 2025 dengan pelaburan berjumlah RM144.4 bilion, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dijangka meningkatkan daya saing Malaysia dengan mempromosikan pembuatan bernilai tinggi menerusi dasar mesra perniagaan dan pelabur, kata ahli ekonomi.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Sidang Kemuncak Xceleration Digital Malaysia (MDX) 2025 akan menumpukan pada teknologi generasi akan datang (NEXTGEN), membincangkan lima perkara utama dalam sesi panel sepanjang acara yang berlangsung selama tiga hari itu.
5bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Unifi Business mengukuhkan sokongannya terhadap perniagaan tempatan dengan pelancaran pakej internet berkelajuan tinggi - Unifi Business Ultra Plan, bagi memenuhi permintaan penyelesaian jalur lebar generasi baharu yang lebih pantas dan dipercayai.
5bulan ago
AUCKLAND, 14 Julai (Bernama) -- Malaysia telah mengenal pasti tiga bidang keutamaan untuk meningkatkan kerjasama dengan New Zealand iaitu kemampanan, transformasi digital dan keterjaminan makanan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Industri pembinaan di rantau Asia Tenggara dijangka mengalami pertumbuhan kukuh dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 6.2 peratus daripada 2024 hingga 2028, menurut Kaspersky.