1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Berdasarkan penilaian semasa dan langkah-langkah pematuhan yang telah diambil, setakat ini tiada isu kawal selia tertunggak berkaitan Binance yang memerlukan tindakan lanjut daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), menurut Kementerian Kewangan (MOF).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd menyambut baik Kajian Pasaran Ekonomi Digital Malaysia yang dijalankan oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), yang menyediakan penilaian berasaskan bukti mengenai persaingan dalam subsektor utama.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) dijangka diniagakan antara RM3,800 hingga RM4,000 satu tan bagi tempoh Januari hingga Julai 2026, kata seorang pakar industri.
1bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Sistem Antara Muka Pembayaran Bersepadu (UPI) India yang akan memasuki pasaran Malaysia, bakal meningkatkan kecekapan pembayaran, mengurangkan kos transaksi dan menyokong transaksi digital yang lebih lancar antara syarikat Malaysia dan India, serta untuk pengguna dan komuniti diaspora.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 9 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah menerusi anak syarikat milik penuh, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE), mengukuhkan lagi kedudukan dalam sektor huluan minyak dan gas (O&G) dengan memperoleh kepentingan penyertaan strategik sebanyak 20 peratus dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Perolehan Semula Minyak Dipertingkat (EOR) Sabah Utara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menjangkakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berpotensi mencecah paras 1,840 tahun ini.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Penang Port Sdn Bhd telah memulakan operasi "PM Satu", sebuah bot tunda generasi akan datang seberat 50 tan yang direka untuk keperluan industri berprestasi tinggi sambil memelihara kelestarian alam sekitar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia menunjukkan penurunan yang konsisten dalam jurang agihan pendapatan berdasarkan pelbagai indeks dan petunjuk ekonomi, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Mohd Shahar Abdullah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- GDB Holdings Bhd memperoleh kontrak infrastruktur berjumlah RM121.4 juta bagi dua projek Bina Muhibbah Permajaya Construction Sdn Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan empat tindakan penguatkuasaan dengan penalti dan kompaun dikenakan ke atas dua institusi kewangan dan dua syarikat kerana gagal mematuhi keperluan pencegahan pengubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan (AML/CFT).
2bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini berikutan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran petunjuk bercampur-campur daripada pasaran hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.