10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Saham Astro Malaysia Holdings Bhd meningkat setengah sen kepada 6.5 sen seunit selepas dagangan sekuritinya disambung semula pada 10 pagi hari ini.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings Bhd, Euan Smith meletak jawatan selepas menerajui syarikat itu selama enam tahun, berkuat kuasa 7 Jun, 2026.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan pasaran serantau berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam persekitaran ekonomi global yang tidak menentu.
12hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia dijangka menguji semula paras 1,700 dan diunurkan dalam julat antara 1,710 hingga 1,715 pada minggu depan, disokong oleh selera risiko yang semakin baik serta penilaian menarik dalam kalangan saham mewah Malaysia terpilih.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Well Chip Group Bhd akan melaksanakan terbitan hak boleh lepas sehingga 120 juta saham baharu dalam syarikat itu untuk membiayai pengembangan rangkaian kedai pajak gadai baharu dan modal kerja.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan serta penyelesaian peralatan minyak dan gas bersepadu Elsa Bhd terlebih langganan sebanyak 27 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia yang dijadualkan pada 16 Jun, 2026.
13hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.60 peratus disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, meskipun prestasi lemah di pasaran serantau.
13hari ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) lain perlu terus mengenal pasti lebih banyak syarikat berpotensi tinggi seperti SkyeChip Bhd untuk memperkukuh kedudukan Malaysia dalam sektor teknologi pertumbuhan tinggi.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan kukuh hari ini, disokong aktiviti belian berterusan saham wajaran tinggi, khususnya kaunter produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.
13hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini walaupun petunjuk semalaman daripada Wall Street bercampur-campur dan kebanyakan pasaran serantau memulakan dagangan dengan dicatatkan rendah.
14hari ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, mengatasi prestasi pasaran serantau yang rata-ratanya lebih lemah, apabila sentimen tempatan disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah dalam saham mewah susulan penurunan indeks petunjuk pasaran itu, baru-baru ini.