BERITA TERKINI   Agenda transformasi digital negara mesti beri manfaat kepada majoriti rakyat, bukan tumpu segelintir golongan - PM Anwar | Pelantikan Abdul Halim sebagai KP SPRM bagi tempoh dua tahun - PM Anwar | Abdul Halim sesuai mengetuai SPRM kerana latar belakang kehakiman bukan daripada bidang perniagaan atau politik - PM Anwar | Piala Uber: Malaysia 1 Turkiye 0: K. Letshanaa kalahkan Neslihan Arin 21-16, 13-21, 21-13 | JPJ kutip hasil bidaan RM21.6 juta bagi nombor pendaftaran 'P_P’ sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-80 - Loke | 

Terdapat 697 berita berdasarkan kata kunci carian " pemulihan"

Untung Bersih MAHB Naik Kepada RM210.37 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM210.37 juta pada suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 berbanding RM94.76 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ekonomi Digital Malaysia Cecah US$31 Bilion Pada 2024 - Laporan

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Ekonomi digital Malaysia dijangka mencecah US$31 bilion (RM138.4 bilion) dari segi nilai barangan kasar (GMV) pada 2024, meningkat 16 peratus daripada angka pada 2023.

Harga Minyak Diunjur Dalam Julat Antara US$65 Dan US$75 Setong Pada 2025

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).

DRB-Hicom Raih Untung Sebelum Cukai RM282.56 Juta Bagi Sembilan Bulan Pertama 2024

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM282.56 juta bagi sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept 2024, didorong perolehan yang stabil sebanyak RM12.23 bilion, dengan peningkatan 1.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Permodalan Pasaran Ekuiti Meningkat Bukti Pemulihan Ekonomi Malaysia - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen yang kekal berhati-hati terhadap trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Dipengaruhi Faktor Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Ekonomi Malaysia Dijangka Kekal Sederhana Dalam Persekitaran Cabaran Luaran

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal sederhana hingga akhir 2024, berikutan permintaan luaran yang lemah dan ketidaktentuan dasar global yang berterusan, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Dewan Sabah: Tiga Syarikat Tempatan Laksana Kajian Kebolehlaksanaan Bangunkan OTEC

KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.

Sentimen Berhati-hati, Ringgit Dijangka Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil pada minggu depan susulan aliran kenaikan dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah unjuran pengurangan kadar faedah di negara maju itu.

Sabah Catat Imbangan Dagangan RM9.6 Bilion Bagi Tempoh Tujuh Bulan Pertama 2024 - Masidi

KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Sabah mencatatkan imbangan dagangan berjumlah RM9.6 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding RM11.5 bilion pada tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

Pengukuhan Ekonomi Suku-3 Letak Malaysia Di Landasan Pertumbuhan 4.8-5.3 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia dan pengurusan ekonomi kerajaan.