11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- TH Properties Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Affin Bank Bhd untuk melancarkan penyelesaian pembiayaan bagi merapatkan jurang pemilikan rumah untuk graduan muda, pembeli rumah dan pelabur hartanah.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Westports Holdings Bhd melantik semula Datuk Ruben Emir Gnanalingam Abdullah sebagai pengerusi eksekutif syarikat dan anak syarikat milik penuhnya, Westports Malaysia Sdn Bhd (WMSB), berkuat kuasa 1 Feb, 2025.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Keuntungan bersih Westports Holdings Bhd meningkat kepada RM897.98 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 berbanding RM779.43 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu menggunakan perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) perusahaan TechStore Bhd menyasar meraih RM25 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 18 Feb, 2025.
11bulan ago
LABUAN, 22 Jan (Bernama) -- Asian Supply Base (ASB) secara rasmi melancarkan Kemudahan Pertukaran Kru baharu yang direka untuk meningkatkan kecekapan proses masuk dan keluar kalangan petugas minyak dan gas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.
11bulan ago
LABUAN, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memperkenalkan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Labuan IBFC untuk ESG (LiFE) yang bertujuan untuk memajukan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pertumbuhan ketara dalam sektor penerbangan pada 2024, didorong oleh pertambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penerbangan yang disambung semula dan 24 destinasi baharu, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan tambah nilai elektronik dan pembayaran bil, RichTech Digital Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM13.67 juta menerusi pelaksanaan Tawaran Awam Permulaan (IPO).
11bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali and Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang terhenti bakal membawa manfaat besar kepada sektor eksport utama Malaysia, terutamanya dalam barangan bernilai tinggi dan sumber asli.