25hari ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail dan Rosmalis Anuar
VIENTIANE, 10 Okt (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) telah merangka beberapa inisiatif utama yang akan diketengahkan sepanjang Malaysia memegang tampuk kepengerusian tahun depan, termasuk cadangan tawaran awam permulaan (IPO) ASEAN.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd dijangka mendapat manfaat daripada semakan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) diumumkan baru-baru ini terhadap pembuat sarung tangan China.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa awal dagangan hari ini.
25hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu meningkatkan pelaburan dalam teknologi yang dipacu kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran dan keterangkuman ekonomi yang lebih besar dalam Belanjawan 2025, kata Learning Edge, sebuah organisasi pembangunan bakat.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama)-- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkembangan ekonomi yang positif yang dicatatkan kebelakangan ini adalah hasil tatakelola yang semakin baik bersama dengan penggubalan dasar yang jelas terutama dalam sektor perindustrian, transformasi digital, tenaga dan semikonduktor.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street semalaman, kata penganalisis.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, susulan minit mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS menunjukkan pegawai Fed berlainan pendapat sama ada untuk mengurangkan kadar faedah sebanyak 0.5 mata pada September, membayangkan penurunan lebih kecil pada masa depan, kata seorang penganalisis.
26hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan penurunannya pada Rabu berikutan aktiviti pengambilan untung menjelang pengumuman data bulan September Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) esok, kata seorang peniaga.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Key Asic Bhd (Key Asic) memeterai perjanjian kerjasama dengan NSW Inc (NSW) iaitu satu daripada pembina penyelesaian sistem terbesar Jepun bagi membangunkan perniagaan reka bentuk litar bersepadu khusus aplikasi (ASIC).
26hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh SkyWorld Development Bhd, Aspirasi Cekap Sdn Bhd (ACSB) memeterai perjanjian pembangunan bersama dengan PR1MA Corporation Malaysia untuk membina rumah mampu milik.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Malaysia disenaraikan antara 20 pasaran utama atau tertinggi bagi keterangkuman kewangan berdasarkan analisis global membabitkan 40 pasaran menerusi Indeks Keterangkuman Kewangan Global 2024.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Langkah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mengumumkan penambahbaikan Matriks Kos Dibenarkan (ACM) baru-baru ini, dapat memacu daya saing dan produktiviti industri Malaysia, kata Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).