1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) positif terhadap pengumuman Tenaga Nasional Bhd (TNB) berkaitan Tempoh Kawal Selia 4 (RP4), berikutan peningkatan perbelanjaan operasi (opex) itu dapat menyokong perancangan, pelaksanaan aktiviti operasi dan penyelenggaraan semua infrastruktur syarikat berkenaan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat dengan lebih tinggi, dipacu oleh minat belian berterusan dalam saham-saham mewah terpilih di tengah-tengah aktiviti memperelok akaun pada akhir tahun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini disebabkan aktiviti belian semasa harga murah yang berterusan dalam persekitaran petunjuk bercampur-campur daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Jadual tarif baharu dengan tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4) dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025, kata Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya untuk ditutup kukuh hari ini disokong oleh minat belian berterusan di tengah-tengah sentimen positif di seluruh pasaran, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positif dengan mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong oleh aktiviti belian semasa harga rendah yang berterusan, seiring dengan prestasi positif di Wall Street dan pasaran serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) melepasi sasaran awal RM4 bilion dengan mencatatkan RM4.8 bilion dalam pembiayaan hijau, mendahului sasaran 2025 yang ditetapkan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street yang positif sebelum cuti Krismas, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum positifnya dan ditutup lebih tinggi melepasi paras utama psikologi 1,600 pada akhir dagangan Selasa, dipacu oleh belian berterusan dalam saham-saham mewah utiliti dan perindustrian, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, disokong oleh petunjuk positif daripada Wall Street dan pasaran serantau.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada ini, menjejaki pergerakan positif prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.