BERITA TERKINI   Untung bersih MR DIY Group (M) Bhd naik kepada RM192.02 juta pada suku pertama 2026 daripada RM174.14 juta pada suku pertama 2025 | DBKL perkenal inisiatif pembaharuan lesen perniagaan sehingga tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai ini - Hannah | Pengamal media jalankan tugas secara profesional mesti diberi ruang laksanakan tugas - Majlis Media Malaysia | Kerajaan capai 50 peratus sasaran penjimatan setakat ini hasil penyelarasan perbelanjaan mengurus - Fahmi | Sekretariat PH kesal insiden kekasaran terhadap media ketika liputan Konvensyen di Johor - Fahmi  | 

Terdapat 7095 berita berdasarkan kata kunci carian "negara"

Akta Kredit Pengguna Akan Kawal Penyedia Kredit Bukan Bank Dan Perkhidmatan Kredit -- BNM

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Akta Kredit Pengguna (CCA) yang akan dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang akan menangani pertindanan tanggungjawab antara pihak berkuasa pengawalseliaan serta mengurangkan jurang dalam pengawasan penyedia kredit pengguna.

Kenaikan Nilai Ambang WPL Bantu Syarikat Rancang Pelaburan - MPOB

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Kenaikan nilai ambang levi keuntungan luar biasa (WPL) memberikan ruang kepada syarikat perladangan untuk beroperasi dengan lebih efisien, terutamanya dalam berdepan pasaran minyak sayuran global yang kompetitif.

Anggaran Belanjawan 2025 Tertinggi Pernah Diumumkan - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) – Anggaran Belanjawan 2025 adalah yang tertinggi pernah diumumkan iaitu RM421 bilion meliputi RM335 bilion belanja mengurus, RM86 bilion belanja pembangunan, tidak termasuk RM2 bilion simpanan luar jangka.

Dana Padanan RM100 Juta Galak Inovasi Pembiayaan Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyediakan dana padanan berjumlah RM100 juta bagi mengalakkan inovasi pembiayaan kewangan Islam baharu berasaskan nilai Islam supaya tidak lagi bergantung kepada produk patuh syariah yang mirip konvensional.

Kerajaan Sedia Dana RM200 Juta Sokong Pelaburan Strategik

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Sebanyak RM200 juta disediakan meliputi Dana Pelaburan Bersama Strategik (CoSIF) dan Dana Pembangunan Industri NIMP (NIDF) tahun hadapan.

Cukai Dividen Dua Peratus Ke Atas Pemegang Saham Dengan Dividen Tahunan Lebih RM100,000 - MoF

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan bercadang memperkenalkan cukai dividen sebanyak dua peratus ke atas pendapatan bercukai dividen selepas mengambil kira pelepasan dan potongan yang dibenarkan, berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025.

Unjuran Pertumbuhan KDNK 2025 Sebanyak 4.5-5.5 Peratus Adalah Munasabah - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.5 hingga 5.5 peratus untuk 2025 adalah munasabah, kata ahli ekonomi kanan ASEAN OCBC Malaysia, Lavanya Venkateswaran.

Industri Perbankan Sifatkan Belanjawan 2025 Langkah Positif Ke Arah Ekonomi Mampan, Inklusif

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Institusi kewangan menyifatkan Belanjawan 2025 sebagai langkah positif ke arah mencapai ekonomi inklusif yang mampan di samping mengekalkan tanggungjawab fiskal dan keadilan sosial.

Belanjawan 2025 Beri Gesaan Jelas Untuk Tindakan Lembaga Pengarah - ICDM

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI menerusi pembentangan Belanjawan 2025 menyuarakan sejelasnya untuk lembaga pengarah bertindak iaitu melakukan usaha proaktif, memimpin berlandaskan tujuan dan melaksanakan kepimpinan risiko.

REHDA Gesa Institusi Kewangan Perkenal Skim "Step-up Financing" Masing-masing

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) menggesa institusi kewangan mengambil perhatian terhadap langkah kerajaan untuk melaksanakan projek perumahan untuk rakyat.

Belanjawan 2025 Beri Suntikan Positif, Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Mata Dunia

PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 akan memperkasa Kementerian Luar dalam memperkukuh kepentingan dan meluaskan pengaruh Malaysia ke platform antarabangsa sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025.

Belanjawan 2025: Microsoft Komited Bekerjasama Dengan Kerajaan Untuk Pacu Inovasi AI

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Microsoft komited bekerjasama dengan kerajaan untuk memacu inovasi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab di Malaysia dan membentuk transformasi digital dengan memberi manfaat kepada semua orang pada masa depan.