BERITA TERKINI   Piala Malaysia : Terengganu FC 1-1 Kuala Lumpur City FC | 

Terdapat 1088 berita berdasarkan kata kunci carian " lembaga"

Nafco Group Lancar Kemudahan Pembuatan Aeroangkasa Di Seremban Bernilai US$40 Juta

SEREMBAN, 15 April (Bernama) -- My Nafco Precision Sdn Bhd melancarkan kemudahan pembuatan canggih berkaitan aeroangkasa di sini dengan komitmen pelaburan selama 10 tahun bernilai US$40 juta.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menjejaki kejatuhan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian.

SAS Mahu Adaptasi Strategi Pengurusan Risiko & Pematuhan Rantau Lain Pacu Sektor Perbankan

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Firma analisis dan kecerdasan buatan (AI) global, SAS Institute Inc berhasrat untuk mengadaptasi strategi pengurusan risiko dan pematuhan yang berjaya dari pasaran serantau lain bagi merangsang pertumbuhan industri perbankan dan perkhidmatan kewangan di Malaysia.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Bank Rakyat Lantik Ahmad Shahril Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bank Rakyat melantik Ahmad Shahril Mohd Shariff sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 9 April 2025.

NCER Catat Pelaburan Direalisasikan RM42.76 Bilion Di Pulau Pinang Pada 2024

GEORGE TOWN, 15 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.

INSKEN Sasar Bantu 25,000 Usahawan Mikro Dan Informal Tahun Ini

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) --  Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) menyasarkan untuk membantu sehingga 25,000 usahawan di seluruh negara melalui 198 program latihan dan bimbingan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Visi Tun Abdullah Jadikan Malaysia Peneraju Industri Halal Global Masa Kini

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Visi Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam merealisasikan industri halal sebagai sumber ekonomi negara menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri halal global sehingga masa kini, menurut Halal Development Corporation (HDC).

Mesyuarat Pertama Pasukan Petugas NGCC Diadakan Tidak Lama Lagi, Perkukuh Perdagangan Negara

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Mesyuarat pertama Pasukan Petugas Pusat Tindakan Geoekonomi Negara (NGCC) akan diadakan tidak lama lagi untuk mempercepat pelaksanaan cadangan NGCC termasuk memperkukuh daya tahan perdagangan negara.

Pak Lah: Peneraju Pertumbuhan Ekonomi Seimbang, Pembangunan Modal Insan Dan Industri Halal

Oleh Noor Baizura Basri and Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) – Tun Abdullah Ahmad Badawi, lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, seorang yang berperwatakan lembut tetapi berjiwa besar dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya secara saksama.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap kekurangan bekalan bahan mentah akibat cuaca dan musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Kekal Tidak Menentu Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal tidak menentu pada minggu depan, kata peniaga.