1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat, berikutan pengambilan untung menguasai dagangan dalam keadaan pelabur berhati-hati.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) hari ini telah meneliti dua kertas pembentangan yang berkaitan dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan dan pembangunan (R&D) serantau, serta hala tuju GovTech Malaysia.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- United Overseas Bank (UOB) mengunjurkan pertumbuhan ekonomi blok ASEAN-6 akan mencecah 4.8 peratus pada 2025, mengatasi unjuran pertumbuhan purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global iaitu 3.2 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Jumlah permintaan penumpang global yang diukur menerusi hasil penumpang bagi setiap kilometer, meningkat sebanyak 7.1 peratus pada Oktober 2024 berbanding tempoh sama bagi tahun lepas, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Malaysia berpotensi menjadi hab serantau bagi pengeluaran dan inovasi kenderaan elektrik (EV), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Selasa, dipacu oleh belian semasa harga rendah dalam kaunter wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh saham utiliti dan perladangan.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Maybank memperkenalkan kempen, 'Mencari MAEllionaire' yang memberi peluang kepada pelanggannya untuk memenangi hadiah lumayan RM1 juta tunai.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) -- China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCC-ECRL) melancarkan Laporan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2023, yang menekankan komitmennya terhadap pembangunan mampan dan amalan bertanggungjawab sepanjang penjajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
1tahun ago
SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Pelan pembangunan SA Sentral dan kawasan Seksyen 13 yang akan dilaksanakan dalam tempoh tujuh tahun bermula tahun hadapan, melibatkan kawasan seluas 58.6 hektar, bakal menjadikan kawasan itu sebagai hab integrasi moden, dinamik dan berdaya saing di negara ini.
1tahun ago
SHAH ALAM, 28 Nov (Bernama) -- Volvo Malaysia Sdn Bhd (Volvo Trucks) hari ini melancarkan rangkaian Trak Tugas Berat versi terbaharu yang dipertingkatkan dalam usaha meningkatkan penjimatan minyak untuk menghasilkan emisi karbon lebih rendah.