8bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi, didorong oleh aktiviti belian saham berharga rendah serta prestasi positif semalaman Wall Street.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB Holdings) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM394.20 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025), berbanding RM433.54 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Seiring dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi hab digital serantau, TNB terus menyokong infrastruktur penting bagi sektor ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Telekom Malaysia Bhd (TM) dijangka memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM430 juta sepanjang tahun kewangan 2026–2027, mewakili 18 peratus daripada perolehan kontrak selama 10 tahun bagi melancarkan perkhidmatan “backhaul” gentian rangkaian 5G kedua, kata CIMB Securities Sdn Bhd.
8bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Pelan Strategik Komuniti Ekonomi ASEAN 2026-2030 (AEC) akan memacu integrasi yang lebih mendalam dan mewujudkan kemakmuran di seluruh ekonomi Asia Tenggara serta meningkatkan daya tahan blok itu terhadap tekanan ekonomi luar, kata seorang pakar ekonomi hari ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini dipengaruhi oleh tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas Kesatuan Eropah (EU).
8bulan ago
Komentar Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Pemimpin perkumpulan 10 anggota Asia Tenggara menerima pakai strategi ekonomi baharu yang berwawasan dengan menyasarkan ASEAN yang maju sebagai pusat pertumbuhan di rantau Asia Pasifik yang lebih besar selain melonjakkan kedudukannya sebagai ekonomi keempat terbesar dunia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) dapat menunaikan janji bagi menyediakan perkhidmatan yang pantas dan murah berpandukan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Dalam satu usaha penting untuk kerjasama tenaga serantau, kalangan syarikat tenaga terkemuka dari Malaysia, Singapura dan Vietnam menandatangani Perjanjian Pembangunan Bersama bertujuan meneroka eksport elektrik boleh baharu dari Vietnam ke Malaysia dan Singapura.
8bulan ago
Oleh V. Sankara
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu memanfaatkan inisiatif strategik seperti Pasukan Petugas Geo-ekonomi ASEAN dan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) bagi mengurangkan jurang ekonominya dengan blok global utama seperti Kesatuan Eropah (EU).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd melantik Telekom Malaysia Bhd (TM) sebagai rakan strategik utama bagi penyediaan gentian backhaul dalam usaha mempercepat pelaksanaan rangkaian 5G di seluruh negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia diniaga rendah pada sesi dagangan tengah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di persekitaran prestasi pasaran serantau yang lemah berikutan penjualan Wall Street semalaman.