Terdapat 1766 berita berdasarkan kata kunci carian " saham"

Camaroe Dapat Kelulusan Bursa Untuk Penyenaraian Pasaran ACE

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Kumpulan akuakultur bersepadu, Camaroe Bhd, telah menerima kelulusan dari Bursa Malaysia Securities Bhd untuk disenaraikan di Pasaran ACE.

Sentimen Berhati-hati, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, didagang di bawah paras 1,520 kerana pelabur kekal berhati-hati menjelang tarikh akhir rundingan tarif Amerika Syarikat (AS).

Unjuran Produk Getah Kekal Suram Susulan Persekitaran Yang Tidak Menguntungkan - RHB IB

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan sektor produk getah kekal suram susulan persekitaran operasi yang tidak menguntungkan, dipacu oleh tempoh penyatuan inventori yang lebih lama daripada jangkaan.

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama)  -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Rabu berikutan prestasi semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, FBM KLCI Susut 0.79 Peratus

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor perkhidmatan kewangan dan pembinaan.

Prestasi Perdagangan Malaysia Di Landasan Capai Sasaran Pertumbuhan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tahun ini masih kekal dalam unjuran dan berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

SPRM Serbu Subsidiari NationGate Atas Dakwaan Penyeludupan Logam

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu premis subsidiari milik penuh NationGate Holdings Bhd, NationGate Solution (M) Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada penyiasatan ke atas dakwaan penyeludupan logam sekerap.

Pelabur Terus Teliti Impak Tarif AS, Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan pergerakan kurang memberangsangkan dalam dagangan tengah hari ini ketika pelabur terus meneliti impak tarif Amerika Syarikat (AS) ke atas rakan dagang utama negara itu di tengah-tengah prestasi pasaran serantau yang bercampur-campur.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan meningkat sedikit, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street susulan ketidaktentuan dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Tegur Zetrix AI, Denda Tujuh Pengarah Masing-masing RM150,000

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka Zetrix AI Bhd yang sebelum ini dikenali sebagai MYEG Services Bhd, dan turut mengenakan denda kepada tujuh pengarah syarikat kerana melanggar Keperluan Penyenaraian (LR) Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Jejaki Prestasi Kenaikan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin, menjejaki kenaikan di pasaran serantau.

Westports Berpotensi Gantikan Sime Darby Dalam Semakan KLCI Akan Datang

KUALA LUMPUR, 14 Julai (Bernama) -- Westports Holdings Bhd berpotensi menggantikan Sime Darby Bhd dalam semakan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan datang berikutan kedudukan permodalan pasarannya telah meningkat pada kedudukan ke-24 dalam kalangan sekuriti yang layak, melepasi ambang kelayakan permodalan pasaran ke-25 terbesar.