9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- LBS Bina Group Bhd (LBS Bina) sedang mengadakan perbincangan mengenai pelbagai perkara berkaitan perjanjian induk dasar (HOA) susulan penyahsenaraian Nylex (Malaysia) Bhd daripada Bursa Malaysia yang dijadualkan esok.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Malaysia merekodkan peningkatan transaksi hartanah komersial, didorong oleh individu bernilai bersih tinggi (HNWI) dan pelabur institusi yang mahu mencari nilai jangka masa panjang, sekali gus mencerminkan trend global, menurut Knight Frank Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- HI Mobility Bhd memeterai perjanjian taja jamin runcit dengan Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) bagi menjayakan urusan tawaran awam permulaan (IPO) untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
10bulan ago
Oleh Nur Fatin Mohmad Kedenen
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Laksa Johor MakEte dari Segamat, keluaran seorang pengusaha wanita diterbangkan ke United Kingdom (UK) menerusi platform e-dagang Halal Street UK.
10bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 19 Feb (Bernama) -- United Overseas Bank Ltd (UOB) yang berpusat di Singapura bersama Invest Johor melancarkan "green lane" (penilaian pantas) bagi mempercepatkan pelaburan ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- TechStore Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran ACE, kini menyasarkan untuk berkembang lebih jauh di Malaysia sebelum mempertimbangkan pengembangan ke peringkat antarabangsa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) — Kerajaan menggariskan tiga perancangan jangka panjang bagi mengekang kesesakan lalu lintas yang berpotensi berlaku disebabkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), kata Kementerian Ekonomi.
10bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Sunway Integrated Properties Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan Pembangunan Bersepadu Bukit Chagar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan melebihi RM2.6 bilion.
10bulan ago
JOHOR BAHRU, 12 Feb (Bernama) --Kerajaan negeri Johor menyasarkan untuk mewujudkan 1,245 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri itu menjelang 2030 berbanding 377 stesen pada masa ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) penyedia perkhidmatan Teknologi Maklumat (IT) perusahaan, TechStore Bhd telah terlebih langgan sebanyak 96.66 kali sebelum ia disenaraikan pada Pasaran ACE Bursa Malaysia oleh pelabur runcit.