17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah menetapkan hala tuju yang jelas dalam mengurus krisis tenaga global yang kian meruncing dan dijangka berpanjangan, dengan memberi penekanan kepada pendekatan utama bagi menjamin bekalan tenaga serta barangan asas agar kehidupan harian rakyat tidak terjejas.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi tahun ini, meningkat sebanyak 0.4 mata peratusan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel daripada B10 kepada B15 bermula dengan B12 tanpa melibatkan sebarang kos tambahan susulan krisis di Asia Barat.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) AMS Advanced Material Bhd terlebih langgan sebanyak 9.03 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- MISC Bhd tekad untuk memberi keutamaan kepada pengurusan hutang yang berdisiplin, perancangan tunai proaktif dan pengoptimuman kos pembiayaan tahun ini bagi mendepani cabaran geopolitik semasa.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Platform kewangan dan pembayaran global, Airwallex memperkenalkan rangkaian penuh produknya di Malaysia yang akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang, sekali gus mempamerkan keupayaan kewangan menyeluruh kepada perniagaan di seluruh negara.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Neucu Capital Partners (M) Sdn Bhd (NCAP) berjaya memudahkan langganan penuh Nota Pelaburan Tenaga Boleh Baharu sulung, yang diterbitkan oleh NEC Suria Asset I Sdn Bhd (NECSA-I), sebuah syarikat tujuan khas (SPV) infrastruktur di bawah Nexgram Holdings Bhd.
18hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Malaysia dan Thailand mengamalkan pendekatan yang berbeza secara asas dalam pengurusan subsidi bahan api, mencerminkan perbezaan keutamaan dasar serta strategi kedua-dua negara dalam mengimbangi kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan harga minyak global.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Inventori minyak sawit mentah (MSM) dijangka mencatatkan penurunan pada suku kedua tahun ini susulan permintaan eksport yang lebih tinggi apabila pembeli meningkatkan pegangan stok berikutan ketidaktentuan situasi gencatan senjata di Asia Barat.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka kepada tiga minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih sebanyak RM470.3 juta, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
19hari ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Dalam suasana ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan geopolitik dan turun naik harga minyak mentah, persoalan utama kini bukan sekadar menyentuh keupayaan kerajaan mengurus krisis, tetapi sejauh mana kesediaan rakyat memainkan peranan dalam memastikan impaknya dapat diminimumkan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Pasaran bon Malaysia terus menunjukkan daya tahan dalam persekitaran ketidaktentuan global, disokong oleh pengukuhan ringgit dan aliran masuk asing yang mampan, menurut CIMB Treasury and Markets Research.