17hari ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mencatat pengukuhan berbanding mata wang utama dunia, termasuk dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pasaran memanfaatkan kelebihan data perdagangan Malaysia yang positif pada Mac.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- GWM Malaysia mencatatkan prestasi yang berdaya tahan pada suku pertama 2026 dengan penyerahan sebanyak 1,294 unit, walaupun beroperasi dalam landskap pasaran automotif yang lebih sederhana.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) diiktiraf sebagai Pengawal Selia Terbaik dalam Mempromosikan Kewangan Islam bagi tahun ketiga berturut-turut di Anugerah Islamic Finance News (IFN).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia dijangka mengalami kebangkitan semula dalam kitaran pelaburannya pada separuh kedua 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh walaupun berlakunya konflik di Asia Barat, menurut Affin Bank Bhd.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia perlu melakukan pembaharuan atau menyesuaikan semula tindak balasnya terhadap perubahan struktur global, terutama dalam perdagangan apabila perubahan itu berlaku, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Apr (Bernama) -- Agrobank bakal memperkasa rangkaiannya di seluruh negara dengan pelancaran FUNancial Day 2026 iaitu program pengaktifan cawangan berskala besar yang bertujuan memperkukuh libat urus pelanggan sambil memacu pertumbuhan perniagaan merentasi semua segmen.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$128.8 bilion pada 15 April 2026.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuhkan ekosistem semikonduktor tahun ini menerusi penyepaduan rantaian bekalan, pembangunan keupayaan tempatan dan perkongsian bernilai tinggi dengan platform seperti SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2026 dijangka memainkan peranan pemangkin.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 dan terus memainkan peranan asas dalam memudah cara pengumpulan modal bagi ekonomi domestik walaupun berdepan persekitaran global yang tidak menentu, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
20hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Prospek ringgit kekal teguh, disokong oleh asas makroekonomi yang kukuh, dengan pasaran dijangka menguji semula ringgit pada paras 3.88 berbanding dolar AS, kata ahli ekonomi.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Kalangan rakyat Malaysia digesa berhemah menggunakan bahan api dalam usaha melanjutkan lagi tempoh tenaga melangkaui Jun ini berikutan ketidaktentuan global yang dijangka berpanjangan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- ASEAN perlu meletakkan dirinya sebagai "pihak tengah yang amat diperlukan" dalam sistem global yang berpecah-belah, sambil mempercepatkan integrasi serantau dan memperkukuh asas ekonominya supaya terus berdaya saing di sebalik ketidaktentuan global yang memuncak.