12hari ago
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Malaysia akan terus memperkukuhkan ekosistem semikonduktor tahun ini menerusi penyepaduan rantaian bekalan, pembangunan keupayaan tempatan dan perkongsian bernilai tinggi dengan platform seperti SEMICON Asia Tenggara (SEMICON SEA) 2026 dijangka memainkan peranan pemangkin.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- YTL AI Labs hari ini melancarkan ILMU Claw, yang membolehkan pengguna, pembangun dan perusahaan Malaysia membina ejen kecerdasan buatan (AI) autonomi, yang dihoskan sepenuhnya pada infrastruktur Malaysia melalui YTL AI Cloud yang selamat.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek berjumlah AS$1.286 bilion merentasi lima tempoh iaitu dua minggu, dua bulan, tiga bulan, enam bulan dan sembilan bulan.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd menerusi anak syarikat milik penuh, Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd (LCTM), serta anak syarikat di Indonesia, PT Lotte Chemical Indonesia (LCI), memeterai kontrak bagi penjualan nafta bernilai US$25.29 juta (US$1 = RM3.90).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Pemberian peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) dengan liputan dipertingkat kepada 80 peratus serta kelonggaran transisi e-Invois selama 12 bulan disifatkan lebih baik berbanding pemberian moratorium pinjaman secara pukal.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) telah menyelesaikan cadangan pemerolehan Bukit Jalil Sentral Property Sdn Bhd (BJSP) selepas melunaskan baki pertimbangan pembelian berjumlah RM1.42 bilion secara tunai.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada Tanco Holdings Bhd berhubung kenaikan harga sahamnya yang luar biasa baru-baru ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan peningkatan dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 21 peratus kepada 63,489 unit kenderaan pada Mac 2026 berbanding bulan sebelumnya.
14hari ago
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beberapa langkah segera bagi meringankan tekanan perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global dan konflik Asia Barat antaranya peruntukan jaminan RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Perdagangan Malaysia berada di trajektori pengembangan pada suku pertama 2026, berkembang 10.4 peratus kepada RM789.85 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2025, meskipun berdepan ketidaktentuan global berterusan, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
14hari ago
KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Genting Malaysia Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan AGIBOT Innovation (Shanghai) Technology Co Ltd bagi memperkasa penggunaan robotik kecerdasan buatan (AI) fizikal dalam sektor hospitaliti, hiburan dan rekreasi.