Terdapat 70 berita berdasarkan kata kunci carian " perikanan"

IHPR Malaysia Turun 0.4 Peratus Pada November - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun 0.4 peratus pada November 2024, lebih perlahan berbanding penurunan 2.4 peratus dicatatkan pada Oktober 2024, ia disebabkan oleh sektor perlombongan yang terus menunjukkan trend penurunan, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).

Indeks Harga Pengeluar Terus Turun 2.4 Peratus Pada Oktober 2024

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Kerajaan Akan Pastikan Peranan Pihak Berkuasa Koridor Tidak Bertindih - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan Pihak Berkuasa Koridor (PBK) memainkan peranan seperti yang ditetapkan dan tidak bertindih dengan tugas agensi lain, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

DP World-Sabah Ports Bekerjasama Melancarkan Perdagangan Maritim ASEAN

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Sapangar Bay Container Port (SBCP), melalui sinergi dengan DP World Plc yang berpangkalan di Dubai dan Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), bersedia berintegrasi ke dalam rangkaian global DP World bagi meningkatkan peranannya secara strategik dalam Asia Tenggara dan membolehkannya memanfaatkan kepesatan pertumbuhan eksport di rantau ini.

Sabah Berkuasa Dalam Industri Minyak Sawit Dengan 4.5 Juta Tan Hasil MSM Pada 2023 - Hajiji

KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 4.5 juta tan pada 2023 disebabkan oleh hasil buah yang tinggi dan kadar pengekstrakan minyak yang baik, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.

Inflasi Keseluruhan Malaysia Diunjur 2.0 Peratus Hingga 3.5 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia diunjur antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus pada 2025.

Taiwan Cari 10,000 Jurutera Setiap Tahun Bagi Perkukuh Industri Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan sedang mencari 10,000 jurutera semikonduktor dan industri berkaitan setiap tahun bagi menyokong peranannya sebagai hab utama industri semikonduktor, dengan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC) menjadi pemain utama industri berkenaan.

Indeks Harga Pengeluar Susut 1.9 Peratus Pada 2023 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) --  Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia turun sebanyak 1.9 peratus pada 2023 berbanding 7.8 peratus pada 2022, disebabkan terutamanya oleh penguncupan dalam sektor pertanian, perhutanan perikanan (-13.8 peratus).

Indeks Harga Pengeluar Mereda Kepada 0.3 Peratus Pada Ogos 2024 - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar Malaysia (IHPR) yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, mereda kepada 0.3 peratus pada Ogos 2024 berbanding 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

MAHA 2024 : NEKMAT Sasar Eksport Produk Jenama ENNA Menerusi Kerjasama Antarabangsa

SERDANG, 16 Sept (Bernama) -- Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyasarkan untuk mengeksport produk jenama ENNA keluarannya ke luar negara menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat di Brunei, Indonesia dan Kesatuan Eropah (EU).