Terdapat 64 berita berdasarkan kata kunci carian " tarif perdagangan"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Jumaat berikutan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh mengekalkan mata wang AS itu pada paras tertinggi dalam tempoh hampir dua tahun.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur Dirangsang Harga Minyak Stabil, Bekalan Terhad

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhad berikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.

Westports Diunjur Catat Pertumbuhan Kendalian Lebih Kukuh Pada 2025

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd mengunjurkan Westports Holdings Bhd  mencatat pertumbuhan jumlah kendalian lebih kukuh bagi tahun depan, didorong oleh pemulihan volum pemunggahan kargo perkapalan yang berterusan.

Malaysia Dijangka Meterai FTA Dengan UAE Akhir Tahun Ini - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.