Terdapat 131 berita berdasarkan kata kunci carian " tugas"

Maybank Lantik Malique Firdauz Sebagai Pegawai Bertanggungjawab Maybank Islamic

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Maybank telah melantik Ketua Pegawai Kewangannya, Malique Firdauz Ahmad Sidique sebagai Pegawai Bertanggungjawab (OIC) kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Maybank, Perbankan Islam dan CEO Maybank Islamic Bhd (MIB) berkuat kuasa hari ini. 

Malaysia Peroleh Pelaburan Digital Berjumlah RM2.97 Bilion Dari China -- Gobind

PUTRAJAYA, 30 Julai (Bernama) -- Malaysia memperoleh pelaburan digital disahkan berjumlah RM2.97 bilion daripada pemain teknologi terkemuka China yang bakal mencipta lebih 6,800 peluang pekerjaan digital bernilai tinggi di seluruh negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

Kelestarian Nadi Penggerak Tioman

TIOMAN, 26 Julai (Bernama) -- Di Pulau Tioman, kelestarian tidak dilihat sebagai satu perbelanjaan. Ia dianggap sebagai satu pelaburan.

MIMOS Lantik Saat Shukri Sebagai Presiden, CEO Kumpulan Baharu

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- MIMOS Bhd (MIMOS) telah melantik Saat Shukri Embong sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa 14 Julai, 2025.

Sadhana Tawar Khidmat Pakar Bagi Roboh Bangunan Dan Kitar Semula Bahan Terpakai

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Sadhana Demolition & Engineering Sdn Bhd (Sadhana) boleh menjadi rakan kongsi yang sesuai bagi syarikat yang mahu membuat pelaburan baharu, melancarkan loji pembuatan atau menutup operasi di Malaysia. 

AirAsia Sasar Tingkat Laluan Ke Pulau Pinang Dalam Rancangan Pengembangan Serantau

GEORGE TOWN, 8 Julai (Bernama) -- AirAsia sedang giat meneroka peluang untuk meningkatkan ketersambungan penerbangan ke dan dari Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhan wilayahnya yang berterusan, sekali gus mengesahkan komitmennya untuk mengukuhkan kebolehcapaian serantau.

Kementerian Ekonomi Akan Pastikan RMK-13 Selari Dengan Kerangka Ekonomi MADANI - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 31 Julai ini adalah selari dengan hala tuju kerajaan dan Kerangka Ekonomi MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Di Sebalik Tabir Diplomasi: Penjawat Awam Tunjang Malaysia Di Luar Negara

MOSCOW, 30 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mungkin menjadi tumpuan utama ketika beliau mengadakan lawatan kerja ke Asia Tengah dan Rusia, namun di sebaliknya, sekumpulan kecil diplomat dan penjawat awam Malaysia yang tidak kelihatan di hadapan umum, bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan semua yang dirancang berlangsung seperti dijadualkan.

Amir Hamzah Diberi Tanggungjawab Jalankan Tugas Dan Fungsi Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tanggungjawab menjalankan tugas dan fungsi Menteri Ekonomi berkuat kuasa serta-merta.

AIA Malaysia Perkukuh Program Pembangunan Bakat Seiring Perkembangan Digital

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Dalam era pendigitalan ketika ini ejen insurans perlu meningkatkan kecekapan digitalnya, bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan memanfaatkan platform komunikasi dalam talian untuk mengharungi cabaran yang muncul serta beralih daripada tradisi berinteraksi secara bersemuka. 

Tehran: Kota Sejarah, Kemajmukan Budaya Perlu Dihargai, Bukan Diperangi

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Sungguh memilukan apabila Tehran yang tenang dan damai sewaktu kunjungan penulis pada April lepas, kini menyaksikan kemusnahan dan berubah menjadi zon perang hanya dalam sekelip mata.

Kerajaan Ambil Kira Pandangan Pelbagai Pihak Dalam Semakan SST

IPOH, 17 Jun (Bernama) -- Pandangan pelbagai pihak tetap diambil kira jika terdapat penambahbaikan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa, dalam semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan.