11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Syarikat keselamatan siber global Kaspersky mengesan dan menyekat 27.9 juta ancaman web di Malaysia pada tahun lepas, menokok sebanyak empat peratus daripada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Kelebihan dan kekuatan ASEAN sentiasa disuarakan di pentas global oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan beliau, sekali gus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 untuk menjana kemakmuran di rantau ini.
11bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami dagangan dalam julat kecil berikutan tempoh dagangan singkat susulan cuti umum sempena perayaan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.
11bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat didorong penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden AS Donald Trump menyarankan pengurangan kadar faedah.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ekoran tekanan daripada pengambilan untung susulan kenaikan semalam serta ketidakpastian berterusan mengenai dasar Presiden AS, Donald Trump.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh, kata ahli majlis Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) Harvindar Singh.
11bulan ago
Daripada Anas Abu Hassan
DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini, Malaysia mencatatkan permulaan yang kukuh dengan menyampaikan suara bersama blok dianggotai 10 negara itu mengenai cabaran, potensi dan kebebasannya dalam membuat keputusan pada Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di sini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri dan Pengerusi ASEAN Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberikan impak yang besar di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland, dengan menyertai perbincangan daripada perbualan santai mengenai kelab bola sepak kegemaran beliau hinggalah kepada hubungan antarabangsa yang dinamik dan rumit serta cabaran dan kejayaan integrasi serantau.