Terdapat 1086 berita berdasarkan kata kunci carian " januari"

MY-UAE CEPA Turut Beri Tumpuan Kepada Pembangunan Ekonomi Islam

ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih rendah hari ini berikutan ketiadaan berita baharu yang menggerakkan pasaran.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Bagi Hari Kedua Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini berikutan kekurangan minat belian. 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah Seiring Pasaran Tunai Pendasar

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan penurunan dalam pasaran tunai pendasar.

My-UAE CEPA Dijangka Dapat Tingkat Perdagangan Dua Hala Sebanyak 60 Peratus - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) dijangka dapat meningkatkan jumlah perdagangan dua hala sekurang-kurangnya 60 peratus dalam tempoh lima tahun, yang seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi lebih mampan.

Sumbangan Asas Rahmah Menerusi Mykad Diperluaskan Ke Sabah, Sarawak

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024, kata Kementerian Kewangan (MOF).

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah Tertinggi RM13 Bilion Mula Diagih Esok - MOF

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bermula esok menyaksikan penambahbaikan bantuan bersasar merangkumi sebahagian peningkatan peruntukan Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA dalam angka tertinggi iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lepas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pada Selasa dalam persekitaran sentimen pasaran yang berhati-hati dengan jangkaan bahawa kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku secara beransur-ansur dan Indeks Harga Pengeluar (IHP) serta Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang akan dikeluarkan pada minggu ini.

Niaga Hadapan MSM Teruskan Kenaikan, Dipacu Pasaran Kukuh Minyak Sayuran Di China

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, meneruskan peningkatan sejak Jumaat lepas.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan peningkatan baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Isnin berikutan sentimen pasaran yang berhati-hati disebabkan laporan data penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh bagi Disember 2024.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.