BERITA TERKINI   Piala Malaysia : Terengganu FC 1-1 Kuala Lumpur City FC | 

Terdapat 8786 berita berdasarkan kata kunci carian "v"

Pertemuan Dengan Syarikat Terkemuka Di Shanghai Peluang Malaysia Tarik Pelaburan Berkualiti - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dalam rangka lawatan di China, sempat mengetuai delegasi Malaysia dalam pertemuan satu demi satu dengan empat syarikat terkemuka di Shanghai, sebelum meneruskan lawatan ke Beijing, hari ini.

KPK Bincang Dengan RISDA Laksana Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi, menerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), sedang berbincang dengan beberapa agensi termasuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) untuk perlaksanaan Program Inisiatif Konsolidasi Pekebun Kecil.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, terjejas ekoran prestasi kukuh dolar Amerika Syarikat (AS) dan hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi, kata penganalisis.

Kerajaan Ambil Pendekatan Pragmatik Bangun Perancangan Ekonomi - Rafizi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Pertumbuhan Pembayaran Digital Di Asia Tenggara Adalah Pencetus Perubahan - Ant International

SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Ekosistem pembayaran digital di Asia Tenggara sedang berkembang pesat, menggabungkan pendekatan inovatif dan mewujudkan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Lotte Chemical Titan Catat Rugi Bersih RM246.42 Juta Pada Suku Ketiga 2024

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Lotte Chemical Titan Holding Bhd (LCT) mencatatkan kerugian bersih tinggi sebanyak RM246.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept,2024 berbanding kerugian bersih RM55.58 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

OPR BNM Menandakan Unjuran Positif Untuk Pertumbuhan Pelaburan - Pakar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.00 peratus semasa mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) tahun ini mencerminkan sokongan bank pusat itu terhadap pertumbuhan ekonomi domestik.

Niaga Hadapan MSM Meningkat Melebihi RM4,900 Susulan Kadar Eksport Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu kerana harga meningkat melebihi RM4,900 setiap tan untuk kontrak penanda aras Januari 2025, kata seorang peniaga.

Amerika Syarikat Kekal Rakan Dagangan Utama, Pelabur Terbesar Di Malaysia -- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Donald Trump atas kemenangan beliau dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Malaysia Perkukuh Kerjasama Dengan EU Bagi Pembangunan Bandar Pintar

BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo mengadakan sesi libat urus dengan wakil daripada Kesatuan Eropah (EU) untuk berkongsi inisiatif mengenai perjalanan Malaysia dalam membangunkan bandar digital dan pintar yang menambah baik kehidupan rakyat.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, Nov 6 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Unit Parkson Peroleh Dua Perjanjian Pajakan Penting Di China

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat Parkson Holdings Bhd, Parkson Retail Group Ltd (PRGL) telah memperoleh dua perjanjian pajakan penting di Shanghai dan Nanning, China dengan jumlah nilai gabungan kira-kira RM358.8 juta.