1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Sebanyak 7,900 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois dan 87 juta e-Invois telah dikeluarkan melaluinya setakat 19 Nov, 2024, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Brazil, negara terbesar di Amerika Selatan, terletak dalam lokasi strategik langkah “Plus One” industri semikonduktor Malaysia bagi mengurangkan risiko terhadap daya tahan rantaian bekalan mereka.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Hibiscus Petroleum Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Sept 2024, susut kepada RM75.60 juta daripada RM154.30 juta yang dicatatkan semasa suku yang sama tahun sebelum ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia meraih prestasi positif pada tengah hari dengan mencecah paras 1,600 memandangkan pelabur membeli saham wajaran tinggi terpilih dalam sektor produk dan perkhidmatan industri, utiliti serta telekomunikasi dan media.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Institusi tempatan terus menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut dengan pembelian bersih berjumlah RM207.7 juta minggu lepas manakala pelabur asing meneruskan aliran keluar daripada pasaran Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun Wall Street rendah pada Jumaat lepas berikutan penganalisis berhati-hati bahawa lonjakan yang didorong oleh Trump mungkin tidak akan berterusan lagi selepas Parti Republikan menguasai Dewan Perwakilan dan Senat.
1tahun ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad memperluaskan inisiatif kewangan sosialnya melalui beberapa kerjasama yang dimeterai di Karnival Celik Kewangan (KCK) 2024 yang sedang berlangsung di sini sehingga Ahad ini.
1tahun ago
BANGKOK, 15 Nov (Bernama) -- Yayasan Bank Rakyat (YBR) menerima anugerah “Inisiatif Komuniti” pada Majlis Anugerah Asia Corporate Excellence & Sustainability (ACES) 2024 sebagai pengiktirafan atas sumbangannya meningkatkan sosioekonomi rakyat Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Meskipun tiada pembangunan projek mega diumumkan pada Belanjawan 2025, namun projek mega yang sedang berjalan dilihat akan terus menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Berhad akan melaksanakan Dasar Kelestarian baharu yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar di 29 hospitalnya dengan tumpuan kepada mengurangkan impak alam sekitar melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui, kecekapan tenaga, pengurusan sisa dan piawaian bangunan hijau.
1tahun ago
BANGI, 14 Nov (Bernama) -- Sebarang perubahan dalam dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) susulan kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden baru-baru ini dijangka tidak memberi impak yang besar terhadap sektor minyak sawit negara.