1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Datasonic Group Bhd telah menerima surat daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) membabitkan pelanjutan tempoh 12 bulan bagi kontrak sedia adanya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Subsidiari Uzma Bhd, Setegap Ventures Petroleum Sdn Bhd (SVP), telah menerima sambungan kontrak bernilai RM100 juta bagi penyediaan tiub bergelung dan perkhidmatan daripada Petronas Carigali Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Metronic Global Bhd, melalui MAT JV Sdn Bhd, berjaya memperoleh projek skim bekalan air bernilai RM31 juta di Selangor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Dialog Group Bhd mengumumkan pelan pembangunan dan pengabaian medan (FDAP) untuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran Aset Medan Kecil Kluster Baram Junior (BJC SFA PSC) telah mencapai keputusan pelaburan akhir bernilai US$235 juta (US$1=RM4.50).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syariikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar di Port Dickson dengan harga RM424.4 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Nestcon Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, akan membangunkan projek loji fotovoltan solar berskala besar (LSSPV) berkapasiti arus ulang alik sebanyak 14.99 megawatt (MWac) di Bongawan di Kimanis, Sabah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Solarvest Holdings Bhd, Atlantic Blue Sdn Bhd menerima surat pelantikan bersyarat untuk kontrak melibatkan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) daripada SM01 Sdn Bhd bernilai RM142 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kumpulan H&L High Tech Bhd, H&L High-Tech Deco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penggabungan ladang dengan Prosperous Plantation PLT (PPP) untuk mencapai skala ekonomi dan meningkatkan pengeluaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Juara Sejati Sdn Bhd (JSS), anak syarikat milik 100 peratus Berjaya Corporation Bhd (BCorp) melupuskan 32 juta saham yang mewakili kira-kira 4.14 peratus kepentingan ekuiti dalam REDtone Digital Bhd pada harga RM29.76 juta atau 93 sen sesaham.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Destini Bhd menerusi anak syarikatnya, Destini Prima Sdn Bhd (DPSB) berjaya memperoleh kontrak bernilai RM33.05 juta daripada Kementerian Pertahanan untuk menyediakan perkhidmatan penyenggaraan bagi peralatan keselamatan dan survival kelengkapan pesawat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Microlink Solutions Bhd menerusi anak syarikatnya, Microlink Systems Sdn Bhd (MSSB) memperoleh projek Kementerian Dalam Negeri (KDN) bernilai RM83.51 juta.