BERITA TERKINI   Muhyiddin umum letak jawatan Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Jan 2026 | 

Terdapat 87 berita berdasarkan kata kunci carian " fta"

Rundingan Semula FTA Malaysia-EU Bawa Manfaat Kepada Sektor Eksport Malaysia - Ahli Ekonomi

Oleh Zarul Effendi Razali and Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Penyambungan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang terhenti bakal membawa manfaat besar kepada sektor eksport utama Malaysia, terutamanya dalam barangan bernilai tinggi dan sumber asli.

MY-UAE CEPA Turut Beri Tumpuan Kepada Pembangunan Ekonomi Islam

ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.

Negara ASEAN Boleh Contohi Malaysia Masukkan Kemampanan Dalam Perjanjian Perdagangan

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN boleh mencontohi langkah Malaysia untuk memperbaharui beberapa perjanjian perdagangan dua hala dengan negara rakan bagi meliputi elemen kemampanan dan dinamik perubahan landskap pelaburan global.

CPTPP: FTA Malaysia-UK Akan Tingkatkan Perdagangan Dan Pelaburan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) komprehensif pertama antara Malaysia dan United Kingdom (UK) menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) akan meningkatkan hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara.

Malaysia, Korea Selatan Galak Pelaburan ESG Dan Kerjasama Teknologi

Daripada Mohd Shukri Ishak

SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan mengekalkan komitmen mereka untuk menggalakkan iklim pelaburan yang selaras dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

FTA Malaysia-Korea Selatan Dimuktamadkan Pada Tahun Depan - PM Anwar

SEOUL, 25 Nov (Bernama) --  Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh.

Kerajaan Sedia Pelbagai Inisiatif, Insentif Pacu Industri Automotif Tempatan - MITI

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif dan juga insentif untuk industri automotif tempatan bagi meningkatkan eksport kenderaan termasuk alat ganti dan komponen, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

PM Anwar Ketuai Delegasi Malaysia Ke Sidang Kemuncak APEC

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.

Hubungan Ekonomi Sweden-Malaysia Berkembang, FDI & Semikonduktor Pacu Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Hubungan ekonomi antara Sweden dan Malaysia telah berkembang pesat dengan pelaburan langsung asing (FDI) Sweden di Malaysia melonjak kepada US$1.43 bilion (US$1=RM4.37) sehingga kini berbanding hanya US$113 juta pada 2014.

Malaysia-EU Halusi Langkah Mulakan Rundingan Rasmi FTA- Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) menghalusi langkah seterusnya untuk memulakan semula rundingan rasmi bagi Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-EU.

Malaysia Pertingkat FTA ASEAN Untuk Tambah Baik Pertumbuhan Ekonomi Serantau

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat untuk "mempertingkat" dan memuktamadkan beberapa perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara tertentu seperti China, India dan ekonomi anggota ASEAN.

Malaysia Jadi Penghubung BRICS Dan ASEAN Bagi Pacu Kerjasama

Oleh Abdul Hamid A.Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia yang dipilih antara rakan BRICS selain menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, kini menjadi penghubung dalam memperjuang daya tahan ekonomi serantau serta kerjasama antara kedua-dua blok berkenaan.