Terdapat 275 berita berdasarkan kata kunci carian " institusi kewangan"

Aset Rizab Rasmi Malaysia Berjumlah US$122.68 Bilion Pada Akhir Ogos 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$122.68 bilion manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$252.8 bilion pada akhir Ogos 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Alliance Bank Pertingkat Program AEIOU Dengan Modul Biodiversiti, Cabaran Reka Bentuk Logo

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd memperkenalkan versi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dipertingkatkan dikenali sebagai “AEIOU for Responsible Living”.

BNM Kenakan Penalti Monetari Pentadbiran Terhadap Syarikat S M Ziaudeen, Alipay Malaysia

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran sebanyak RM193,500 kepada Syarikat S M Ziaudeen Sdn Bhd (SSMZ) dan RM340,000 ke atas Alipay Malaysia Sdn Bhd (Alipay) kerana ketidakpatuhan terhadap kawal selia. 

Rizab Antarabangsa BNM Meningkat Kepada US$122.8 Bilion Pada 12 Sept

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$122.8 bilion pada 12 Sept, 2025 daripada US$122.7 billion pada 29 Ogos, 2025.

Unifi Business Lancar Impak Biz Bagi Perkukuh Usaha Pendigitalan PMKS

KUCHING, 23 Sept (Bernama) -- Unifi Business baru-baru ini melancarkan kempen IMPAK BIZ untuk membantu memperkasakan pendigitalan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, serta menandakan langkah penting dalam mengukuhkan ekosistem keusahawanan dan memacu inovasi perniagaan.

Malaysia Harus Beralih Jadi Negara Pencipta Teknologi - Timbalan Menteri

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Malaysia harus menempatkan semula kedudukannya sebagai negara teknologi dengan menjadi pencipta teknologi dan bukannya pengguna semata-mata, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Sektor Perbankan Komited Salur Bantuan Kewangan Untuk Pelanggan Terjejas Di Sabah

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) – Industri perbankan telah berikrar untuk menyalurkan bantuan kewangan dan bantuan lain kepada masyarakat di Sabah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Risiko Penipuan Dikuasakan AI Meningkat, Sektor Utama Digesa Tingkat Sistem Pertahanan – Fortinet

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Penipuan yang dijana kecerdasan buatan (AI) pantas muncul sebagai ancaman keselamatan siber yang ketara di Malaysia, dengan institusi kewangan, agensi kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dan sektor runcit antara yang paling terdedah, kata firma keselamatan siber Fortinet.

OPR Rendah Kurangkan Kos Pinjaman, Bantu Rakyat Miliki Rumah

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah dijangka menyokong kemampuan pemilikan rumah melalui pengurangan kos bayaran balik hutang, menurut Kementerian Kewangan (MOF). 

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$122.7 Bilion Pada 29 Ogos

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat sedikit kepada US$122.7 bilion pada 29 Ogos 2025, daripada US$122 bilion yang direkodkan pada 15 Ogos 2025.

MIDA Hubungkan Modal Dengan Idea Untuk Pacu Transformasi Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah memperkukuhkan peranan pentingnya dalam memacu usaha Malaysia untuk menjadi hab ASEAN bagi inovasi, kemampanan dan industri maju dengan menghubungkan perniagaan dan pelabur melalui "Investment Pitching Day" 2025.

BNM, Pakar Industri Bincang Usaha Teroka Penggunaan Tokenisasi - MOF

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) kini dalam proses perbincangan dengan pakar dan pengamal industri kewangan bagi meneroka kes penggunaan tokenisasi, kata Kementerian Kewangan (MOF).