21hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menyasarkan peningkatan lebih 50 peratus pengguna aplikasi BIMB Biz selepas pelancaran ciri baharu Payment to Voice yang menawarkan notifikasi suara masa nyata bagi setiap transaksi tanpa memerlukan peranti tambahan.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd dibuka pada paras mendatar di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini menyamai harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 75 sen dengan kira-kira 5.8 juta saham diniagakan.
21hari ago
Daripada Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menyambut baik usaha menyambung semula operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada akhir bulan ini, menyatakan bahawa komuniti penerbangan global terus bertekad untuk merungkai kebenaran di sebalik kehilangan pesawat tersebut.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik 85 peratus Matrix Concepts Holdings Bhd, N9 Matrix Development Sdn Bhd, sedang menjual dua bidang tanah kosong bernilai RM24.61 juta di Seremban, Negeri Sembilan kepada Bidara Pesona Sdn Bhd (BPSB).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Southern Score Builders Bhd mengumumkan anak syarikat milik 51 peratusnya, SJEE Engineering Sdn Bhd, hari ini menerima surat anugerah (LoA) daripada sebuah syarikat pembinaan tempatan untuk melaksanakan kerja-kerja subkontrak bagi projek pusat data bernilai RM87.8 juta.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh AWC Bhd, Ambang Wira Facilities Sdn Bhd telah memperoleh kontrak pengurusan dan penyelenggaraan kemudahan Kompleks Masjid Putra, Putrajaya yang bernilai RM52.3 juta daripada Jabatan Kerja Raya Malaysia.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis Bernama) -- Malaysia perlu belajar untuk menyelaraskan usaha keselamatan siber merentas sempadan kerana serangan siber sering berpunca dari luar negara, kata Naib Presiden Pemasaran dan Komunikasi Fortinet APAC, Rashish Pandey.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Malaysia memperlihatkan prestasi kukuh tahun ini, dengan jumlah penyenaraian dijangka mencecah 60 syarikat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Malaysia melangkah menuju 2026 dengan sektor minyak dan gas yang masih kukuh, namun faktor yang mempengaruhinya sedang berubah lebih cepat berbanding dalam tempoh beberapa dekad lepas.
23hari ago
KUALA LANGAT, 8 Dis (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) hari ini telah melancarkan Taman Perindustrian IOI@Banting yang berkeluasan 130.31 hektar (322-ekar), mencerminkan kemajuan dalam memacu strategi segmen perindustriannya.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) menyaksikan peningkatan keuntungan untuk lapan kumpulan perbankan tempatan terpilih yang diberi penarafan oleh agensi penarafan kredit pada suku ketiga 2025 (S3 2025).
23hari ago
LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat-syarikat di ASEAN, termasuk Malaysia, perlu memberi tumpuan kepada matlamat perniagaan yang jelas, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kepimpinan yang kukuh untuk memaksimumkan manfaat daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan.