Terdapat 104 berita berdasarkan kata kunci carian " liew chin tong"

Perkhidmatan Seni Bina Malaysia Perlu Jadi Penyumbang Kukuh Perdagangan Perkhidmatan - Liew

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan seni bina dan reka bentuk profesional Malaysia perlu tampil sebagai penyumbang kukuh kepada perdagangan perkhidmatan negara berikutan mempunyai kombinasi ciri-ciri moden dan warisan budaya. 

Malaysia Dijangka Berdepan Cabaran Pembangunan Pusat Data AI Dengan Sekatan Terkini AS - Liew

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip AI, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. 

Syarikat Tempatan Perlu Proaktif Terap Amalan ESG Dalam Perniagaan

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), syarikat dan pengeksport yang terlibat dalam rantaian bekalan agar menjadi lebih proaktif menerapkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam perniagaan mereka.

MITI Semak Semula Lima Akta Untuk Perkukuh Pembangunan Perindustrian

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI) sedang menyemak semula lima akta untuk mengukuhkan pembangunan perindustrian yang dicadang dibentangkan kepada Parlimen tahun ini.

Kerajaan Akan Perkenal Kerangka Insentif Pelaburan Baharu Pada Suku Ketiga 2025 - Liew

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan bakal memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) yang akan dilaksanakan mulai suku ketiga 2025, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong.

Kerajaan Akan Terus Perkasa Kesiapsiagaan ASEAN Bagi Muktamadkan DEFA

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).

Sekatan Eksport Cip AI Tidak Jejas Pusat Data Malaysia-- Liew

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Potensi sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat data sedia ada di Malaysia, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

Malaysia Tangani Pemerdagangan Sisa Di Peringkat Serantau, Global - Liew

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia akan menangani isu pemerdagangan sisa di peringkat serantau dan global dalam kapasitinya sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong. 

Malaysia Perlu Wujud Sinergi Antara Kerajaan Negeri, Sektor Swasta, Teknologi - Liew

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu mula mempertimbangkan kewujudan sinergi antara kerajaan negeri, sektor swasta dan teknologi, yang akan membolehkan lebih banyak perolehan teknologi dalam sistem kerajaan, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

ASEAN Perlu Terima Pakai Dasar Perindustrian Serantau Susulan Persaingan AS-China

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- ASEAN perlu menerima pakai dasar perindustrian yang luas dalam keadaan peningkatan dasar perlindungan dan halangan tarif ekoran persaingan yang semakin sengit antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Acara Siri CEO 2025 Institut REHDA Pacu Prospek Hartanah, Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Penganjuran acara Siri CEO Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Institut REHDA) 2025 yang dijadualkan pada 16 Jan, 2025, berupaya menjadi pemacu sektor hartanah dan ekonomi Malaysia.

JS-SEZ, Contoh Utama Daya Tahan Rantaian Bekalan ASEAN - Liew

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh dijadikan sebagai contoh untuk mempromosikan daya tahan rantaian bekalan ASEAN bagi menarik pelaburan langsung asing, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.