11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kalangan perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka potensi kerjasama dengan rakan perniagaan di Turkiye bagi meningkatkan sinergi antara kedua-dua negara, kata Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS), kata Bank Negara Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.1 peratus pada 2024 daripada 3.6 peratus pada 2023, sejajar dengan sasaran kerajaan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ke tahun.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Dialog Group Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM129.49 juta pada suku kedua yang berakhir 31 Dis, 2024, berbanding keuntungan bersih sebanyak RM148.288 juta dalam tempoh yang sama 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini apabila data terkini inflasi Amerika Syarikat (AS) yang menunjukkan peningkatan membayangkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedahnya.
11bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) dan Sunway Integrated Properties Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik untuk membangunkan Pembangunan Bersepadu Bukit Chagar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan melebihi RM2.6 bilion.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal positif pada paras 5.1 peratus bagi tahun ke tahun pada 2024, kata Hong Leong Investment Bank (HLIB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sejumlah 222 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Bumiputera menerima manfaat daripada Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) dengan kelulusan geran sebanyak RM34.44 juta sehingga Disember 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) serta BEYOND4 Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berkembang pesat.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- AmBank Group mengunjurkan Malaysia mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 5.1 peratus pada 2024, naik sedikit daripada unjuran sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih hari ini untuk mengakhiri pada paras tertinggi dalam tempoh sebulan selepas jualan sesi sebelumnya, dirangsang oleh kenaikan saham wajaran tinggi di tengah-tengah prestasi positif bursa serantau walaupun prestasi bercampur-campur di Wall Street semalaman.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu disokong oleh aktiviti pembelian semasa harga murah yang muncul, sekali gus membolehkan indeks utama kembali melepasi paras 1,590.