1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat pada sesi pembukaan pada Rabu, dengan FBM KLCI dijangka diniagakan dalam julat 1,615 hingga 1,625 mata menjelang dua acara penting hari ini - keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Rabu, didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah selepas empat hari kenaikan berturut-turut susulan petunjuk dari pasaran minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT), kata seorang peniaga.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) meningkat kepada RM542.77 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM536.90 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama tahun lepas.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit terus berada di kedudukan lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan ditutup tinggi pada Selasa selepas mengalami penurunan baru-baru ini, apabila pasaran menjangkakan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata pakar ekonomi.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penyusutan awal dengan ditutup tinggi hari ini apabila belian pada saat-saat akhir mendorong indeks petunjuk utama mencapai paras tertinggi harian berikutan jangkaan pasaran bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada mesyuarat esok.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- SEACare 2025, pameran perdagangan farmaseutikal dan penjagaan kesihatan yang unggul di Asia Tenggara akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 23 hingga 25 April 2025.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit mengekalkan momentum pengukuhannya apabila dibuka meningkat pada Selasa ketika Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) lemah susulan pengumuman data gaji bukan perladangan negara maju itu, Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada hari dagangan pertama minggu ini, menjejaki kenaikan semalaman di Wall Street menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) esok.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Maxis Bhd berhasrat menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami rasional keputusan berkaitan pengendali rangkaian 5G kedua negara yang diumumkan baru-baru ini.