Terdapat 1026 berita berdasarkan kata kunci carian " rizab"

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan meningkat sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah pengukuhan Indeks Dolar AS ketika pihak Rizab Persekutuan negara maju itu membayangkan kemungkinan menangguhkan kitaran pengurangan kadar faedah.

IHH, Petronas Dagangan Dorong FBM KLCI Kekal Di Atas Paras 1,600

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.

Ringgit Dijangka Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Urus niaga ringgit dijangka dalam julat lebih kecil, bergerak antara RM4.46 dan RM4.48 minggu depan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Kenaikan Selama Tiga Hari

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia Naik Kepada US$118.0 Bilion Pada 15 Nov, 2024

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah US$118.0 bilion (US$1=RM4.46) pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding US$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Terendah Harian

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, Nov 21 (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah harian pada Khamis susulan penurunan pasaran serantau.

Dua Tahun Kerajaan Madani: Menukar Cabaran Kepada Pencapaian

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Dalam tempoh hanya dua tahun mentadbir negara, kerajaan MADANI telah mencapai titik perubahan penting dalam pembaharuan ekonomi Malaysia, selain langkah menangani ketidakcekapan entiti milik kerajaan, membina asas ekonomi yang berdaya tahan pada tahun pertama pentadbirannya.

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS Diasak Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap trajektori pengurangan kadar faedah oleh pihak Rizab Persekutuan AS dalam masa terdekat, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dalam persekitaran sentimen berhati-hati berikutan perkembangan ekonomi global semasa, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Akhiri Kenaikan Awal Untuk Ditutup Tidak Menentu

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri kenaikan yang dicatatkan lebih awal dengan ditutup tidak menentu pada Selasa, dalam keadaan pasaran serantau yang lebih positif.

Air Selangor Laksana Langkah Strategik Sokong Pertumbuhan Pusat Data

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah merancang langkah strategik untuk memastikan keupayaan memenuhi permintaan tambahan daripada perkembangan pesat pusat data.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Langkah Waspada Terhadap Kadar Faedah Fed

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, menjejaki prestasi bercampur-campur di Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen yang kekal berhati-hati terhadap trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).