1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi, kata Kementerian Kewangan.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Landskap pelaburan Malaysia pada 2024 sekali lagi menunjukkan daya tahan dan keupayaan menyesuai, dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berada di barisan hadapan dalam memacu pertumbuhan ekonomi menerusi pelaburan strategik, pembangunan modal insan, serta inisiatif ekonomi digital dan hijau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) telah mengenal pasti 33 indikator dengan 32 tindakan yang akan dilaksanakan dalam jangka masa pendek dan sederhana melalui mesyuarat pertama Jawatankuasa Daya Saing Negara (JKDSN).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd dijangka melaksanakan kerjasama rangkaian untuk membiayai perbelanjaan modal (capex) 5G yang dianggarkan antara RM3 bilion hingga RM4 bilion berikutan terpilih sebagai penyedia akses rangkaian 5G kedua, menurut RHB Investment Bank Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- BMI, sebuah syarikat Fitch Solutions menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 3.0 peratus pada mesyuaratnya 22 Januari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel dijangka memberikan penjimatan tahunan antara RM7.2 bilion dan RM7.5 bilion kepada kerajaan, meningkat daripada RM4 bilion yang diunjurkan tahun lepas, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Penyahgandingan global membawa gangguan besar namun pada masa sama menawarkan peluang signifikan untuk ASEAN, meletakkan blok ini sebagai peserta utama dalam ekonomi global yang berasing-asing.
1tahun ago
GEORGE TOWN, 9 Jan (Bernama) -- Affin Bank Bhd menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.2 peratus pada tahun ini berbanding anggaran 5.0 peratus pada 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang baik, aktiviti pelaburan yang rancak serta pertumbuhan dalam eksport dan pelancongan, walaupun terdapat potensi ketidaktentuan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
1tahun ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.