1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Perbena Emas Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Pansar Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM477.69 juta oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak untuk mereka bentuk dan membina sebahagian daripada Lebuh Raya Dua Lorong Serian-Gedong-Samarahan.
1tahun ago
LABUAN, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memperkenalkan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Labuan IBFC untuk ESG (LiFE) yang bertujuan untuk memajukan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
BRUSSELS, 20 Jan (Bernama) -- Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui pembiayaan iklim yang lebih tinggi, pelaburan hijau, bantuan teknikal, dan inisiatif pembinaan kapasiti.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Unit UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak dengan gabungan nilai sebanyak RM27.5 juta daripada Sutera Utama Sdn Bhd untuk pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel serta aksesori bawah tanah berkuasa 11 kilovolt (kV) dalam rangkaian pengedaran Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1tahun ago
GEORGE TOWN, 20 Jan (Bernama) -- Fajarbaru Builder Group Bhd (FBG) menjangkakan projek fasa satu Medi-City di Batu Kawan, Pulau Pinang, yang akan datang mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) RM2 bilion.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini, dalam persekitaran sentimen serantau yang semakin pulih, seiring dengan prestasi positif di Wall Street.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah memperoleh RM13.4 bilion dalam pelaburan yang direalisasikan untuk 2024, berkembang 56 peratus berbanding sebanyak RM8.6 bilion pada 2023.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Kalangan institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih di Bursa Malaysia bagi minggu ke-13 berturut-turut dengan pembelian sebanyak RM797.8 juta, demikian menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 17 Jan (Bernama) -- Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) menyediakan peluang pertumbuhan lebih besar dalam perdagangan, pelaburan, dan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan United Kingdom, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KLANG, 17 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd, pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia merancang untuk melancarkan rangkaian 5G kedua dalam tempoh 15 hingga 18 bulan akan datang, menurut Pengerusi Tan Sri Vincent Tan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Mitrajaya Holdings Bhd (MHB), Pembinaan Mitrajaya Sdn Bhd berjaya memperoleh kontrak bernilai RM375.50 juta daripada NEXTDC Sdn Bhd bagi kerja-kerja pembinaan pusat data utama di sini.