8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa kerana kebanyakan pelabur masih tidak memasuki pasaran ekoran ketidaktentuan pasaran semasa, menjelang hasil rundingan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur dan peniaga berhati-hati mengenai hasil rundingan perdagangan antara China dan AS.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.
8bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) --Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan ditutup tinggi hari ini disokong oleh pembelian saham wajaran tinggi terpilih ketika peserta pasaran menunggu keputusan perbincangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS)-China.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih di pasaran Asia bagi minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM6.21 bilion atau US$1.47 bilion, lebih tinggi daripada aliran keluar pada minggu sebelumnya berjumlah US$170.8 juta (US$1 = RM4.23).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dicatatkan dalam julat positif pada tengah hari ini berikutan minat baharu dalam saham mewah terpilih, diterajui oleh MISC, Tenaga Nasional dan Petronas Chemicals.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran 1,500 dan 1,530 mata minggu depan sementara menunggu pemangkin baharu pasaran, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) --Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini susulan pengukuhan Indeks Dolar AS (DXY) ketika para peniaga menantikan pengumuman data Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup sedikit rendah, menjejaki prestasi negatif yang dapat disaksikan di pasaran serantau, terutamanya dalam kalangan pasaran baru muncul, menurut seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan sejak pertengahan pagi melibatkan kaunter saham berharga rendah dan wajaran tinggi terpilih, diterajui saham produk dan perkhidmatan perindustrian.