BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 184 berita berdasarkan kata kunci carian " getah asli "

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Susut 20.3 Peratus Pada Mac 2025

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia susut 20.3 peratus kepada 28,712 tan pada Mac 2025 berbanding 36,005 tan pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Harga Minyak Lebih Lemah, Ringgit Mengukuh

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, didorong oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Getah Mungkin Pulih Minggu Depan Susulan Pelan Rangsangan China

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka pulih sedikit minggu depan disokong oleh unjuran positif di tengah-tengah potensi langkah rangsangan China, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Pada Ringgit Yang Lebih Kukuh

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah hari ini, didorong oleh prestasi bercampur-campur dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Sistem MSNR Trace Diwajibkan Kepada Kilang Pemproses, Pedagang Getah Berkuat Kuasa 5 Mei - LGM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Pemegang lesen bagi kategori kilang pemproses dan pedagang getah diwajibkan untuk menggunakan sistem MSNR Trace dalam melaporkan urus niaga getah asli, berkuat kuasa 5 Mei ini, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Pasaran Getah Teruskan Penurunan Seiring Pengukuhan Ringgit

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia melanjutkan aliran menurun hari ini seiring dengan pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila China menangguhkan rangsangan tambahan, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini dalam persekitaran pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang mengukuh berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Lengang, Cenderung Menurun Susulan Ketidaktentuan Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan dengan kecenderungan menurun di sebalik ketidaktentuan global yang berterusan, kata pakar industri Denis Low.

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Kekurangan Bekalan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan mengenai kekurangan bekalan bahan mentah akibat musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama dan pengukuhan dalam harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Fact 2025: Malaysia Pacu Pertumbuhan Perdagangan Dengan Piawaian Komoditi Seragam

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai antara kuasa besar dalam pasaran komoditi global dengan minyak sawit, getah, kayu, koko dan lada memacu ekonominya, menumpukan usaha melancarkan perdagangan untuk memupuk kepercayaan rakan dagang sekali gus mengukuhkan perdagangan dan pembangunan pasaran.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Berikutan Kekurangan Bahan Mentah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini berikutan kebimbangan yang berterusan terhadap kekurangan bekalan bahan mentah akibat cuaca dan musim sejuk di negara-negara pengeluar getah asli (NR) utama, kata seorang peniaga.

Pengeluaran Getah Asli Malaysia Naik 18.7 Peratus Pada Februari 2025 - Jabatan Perangkaan

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 18.7 peratus kepada 30,005 tan metrik pada Februari 2025 berbanding 30,342 tan pada Januari 2025, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).