Terdapat 176 berita berdasarkan kata kunci carian " mou "

MCE Meterai MoU Sokong Pengeluaran Tempatan Chery Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, melalui unit milik penuh, Multi-Code Electronics Industries Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan dua syarikat Wuhu yang berpangkalan di China bagi menyokong pengeluaran tempatan untuk Chery Malaysia.

MCBA Meterai MoU Dengan 20 Persatuan Tempatan Malaysia Bagi Teroka Pasaran Kemboja

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Kemboja Malaysia (MCBA) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan 20 persatuan tempatan Malaysia bagi meneroka pasaran luar negara, bermula dengan Kemboja.

reNIKOLA, Sumitomo Bekerjasama Bagi Projek Biotenaga Di Malaysia Dan Indonesia

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Syarikat tenaga boleh baharu (TBB) reNIKOLA Holdings Sdn Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan firma Jepun, Sumitomo Corporation bagi bekerjasama membangunkan projek-projek biotenaga berskala besar di Malaysia dan Indonesia.

MPOGCF, SOP Meterai MoU Pulihara Sawit Dan Biodiversiti Mampan

MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor  sawit Malaysia.

EXIM Bank, Marrybrown Meterai MoU Bagi Memacu Pengembangan Rangkaian Ke Australia

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Marrybrown Sdn Bhd untuk menjadi penyokong utama dalam pengembangan rangkaian makanan segera halal Malaysia ke Australia.

Kerjasama Digital Penang-FinHero Peluas Akses Pembiayaan Bagi PMKS

GEORGE TOWN, 7 Mei (Bernama) -- Digital Penang Sdn Bhd dan unit penyedia penyelesaian teknologi kewangan Sisters Inspire Sdn Bhd, FinHero, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk meluaskan akses pembiayaan bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Pulau Pinang.

Dewan Perniagaan Malaysia, Kemboja Meterai MoU Tingkat Kerjasama

PHNOM PENH, 7 Mei  (Bernama) -- Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Bersekutu Malaysia (ACCCIM) dan Dewan Perniagaan Kemboja (CCC) melancarkan inisiatif bersama dalam usaha meningkatkan kerjasama ekonomi serta perdagangan dua hala.

Petronas Meterai 11 MoU Bagi Perkukuh Sektor OGSE

KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) memeterai 11 memorandum persefahaman (MoU) bertujuan mengukuhkan sektor perkhidmatan dan peralatan minyak serta gas (OGSE) Malaysia.

Malaysia Menuju Ekonomi Berasas Bio Hijau Dengan Kerjasama CCE-Oasis Xtract

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Malaysia berusaha ke arah ekonomi lestari dan dipacu inovasi dengan memeterai memorandum persefahaman (MoU) di antara Central Corporate Engineering Sdn Bhd (CCE) dengan Oasis Xtract Sdn Bhd.

DPS, Invest Energy Akan Perkasakan Pusat Data Di Melaka

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- DPS Resources Bhd menjalin kerjasama strategik dengan Invest Energy Ventures Sdn Bhd (IEVSB) untuk membangunkan ladang solar dan infrastruktur mampan bagi pusat data kecerdasan buatan (AI) dan taman perindustrian berteknologi tinggi di Alor Gajah, Melaka.

Maybank, PUJB Bekerjasama Perkasa PMKS Dan Industri Halal Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 22 April (Bernama) -- Maybank memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB) bagi membentuk kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuh sokongan kepada usahawan tempatan di Johor.

Agrobank Meterai MoU Dengan PPN Sarawak Untuk Biayai Aktiviti Pertanian Pintar

KUCHING, 22 April (Bernama) -- Agrobank dan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS)  hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) yang bertujuan memperkasa para petani di seluruh negeri berkenaan melalui sokongan kewangan komprehensif.