BERITA TERKINI   Notis pemakluman rasmi kekosongan kerusi DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji sudah diserah kepada SPR - Speaker DUN Perlis | 

Terdapat 102 berita berdasarkan kata kunci carian "dewan negara"

KUSKOP Peruntuk RM2.57 Bilion Kepada 272,242 Usahawan Wanita Di Bawah AIM

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM2.57 bilion kepada 272,242 usahawan wanita di bawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) setakat November bagi tahun ini.

Penambahbaikan Peraturan Dapat Perkukuh Kedudukan Malaysia Dalam Penilaian FATF

LABUAN, 19 Dis (Bernama) -- Empat rang undang-undang (RUU) yang diluluskan di Dewan Negara bagi mengawal selia aktiviti perniagaan di Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) semalam, dijangka mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia menjelang penilaian Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF) keempat pada Februari 2025.

288,000 Ahli KWSP Daftar Caruman Melebihi Kadar 11 Peratus - Lim

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Seramai 288,000 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024. 

Penggunaan Mata Wang Kripto Bagi Cuci Duit Di Malaysia Rendah - Lim

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hasil dapatan menunjukkan penggunaan mata wang kripto sebagai antara medium untuk mencuci duit di Malaysia adalah rendah, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

BNM Perhalusi Cadangan RBI Untuk Tingkatkan Penggunaan Rupee, Ringgit Dalam Perdagangan

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memperhalusi cadangan Reserve Bank of India (RBI) untuk mewujudkan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) bagi meningkatkan penggunaan ringgit dan rupee India dalam perdagangan dua hala, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Kerajaan Kaji Mekanisme Terbaik Pelaksanaan Caruman KWSP Pekerja Asing - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengkaji mekanisme pelaksanaan terbaik caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terhadap pekerja asing, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Nilai Tambah KDNK Sektor Pembuatan Naik 5.5 Peratus Kepada RM97.4 Bln Pada Suku Ketiga 2024 - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024 berbanding tempoh sama pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Manfaat Belanjawan, Pertumbuhan Ekonomi Perlu Sampai Ke Akar Umbi - PM

PUTRAJAYA, 5 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerangka belanjawan dan pembangunan negara bukan sahaja bertujuan memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi ia juga perlu memastikan manfaat itu sampai kepada akar umbi.

Belum Ada Cadangan Untuk Malaysia Sertai New Development Bank Setakat Ini - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Belum ada cadangan setakat ini untuk Malaysia menyertai New Development Bank (NDB), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Tiada Cukai Baharu Dalam Tempoh Terdekat - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kerajaan belum berhasrat memperkenalkan cukai baharu dalam tempoh terdekat, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Segmen E&E Catat Pelaburan Direalisasikan Sebanyak RM4.8 Bln Sehingga Jun 2024 - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Segmen elektrik dan elektronik (E&E) telah mencatatkan prestasi pelaburan direalisasikan tertinggi iaitu sebanyak RM4.8 bilion sepanjang tempoh Januari hingga Jun 2024, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Dengan Prestasi Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau, apabila pelabur terus membeli saham wajaran tinggi terpilih, didahului oleh kaunter utiliti.