1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri penurunan tiga hari dengan ditutup tinggi pada Rabu berikutan pasaran menjangkakan peningkatan semula permintaan minyak sayuran dari India menjelang musim perayaan akan datang, kata seorang peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, Sept 18 (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini ketika pasaran menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat lewat hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Subsidiari milik penuh Haily Group Bhd Haily Construction Sdn Bhd telah menerima surat anugerah daripada Meridin East Sdn Bhd bagi pembinaan dan penyiapan 393 unit rumah teres di Johor Bahru bernilai RM75.90 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Halal Development Corporation (HDC), bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), sedang merangka dan mengkaji untuk memperkenalkan insentif baharu bagi menggalakkan pelaburan asing dalam sektor industri halal.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan sentimen lemah apabila para peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kimlun Corporation Bhd (Kimlun Corp), Kimlun Sdn Bhd meraih kontrak pembinaan daripada Tanah Sutera Development Sdn Bhd untuk pembangunan kediaman di Johor Bahru dengan jumlah keseluruhan RM128.13 juta.
1bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau apabila data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menjejaskan prospek penurunan kadar faedah AS yang agresif, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Alliance Bank Malaysia Bhd menganjurkan bengkel Mekanisme Pelarasan Sempadan Karbon (CBAM) yang pertama kali diadakan bagi meneroka potensi mekanisme itu dalam usaha merevolusi amalan perindustrian mampan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Crest Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia menyasarkan untuk mengumpul RM45.75 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Syarikat insurans dan pengendali takaful perlu mengembangkan kapasiti mereka dan berusaha untuk merapatkan jurang perlindungan kritikal serta mengukuhkan jaringan keselamatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- BIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.5 peratus sejajar dengan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk Belanjawan 2025.