1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Ringgit diniagakan susut 0.4 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi urus niaga awal Khamis apabila Indeks Dolar AS terus melonjak kepada 108.142 mata susulan pengumuman Rizab Persekutuan AS mengurangkan Kadar Dana Fed sebanyak 25 mata asas, malam tadi.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat dan ditutup tinggi berikutan sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah prestasi bercampur-campur pasaran Asia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- TM memperuntukkan kira-kira RM4 juta termasuk sumbangan tunai untuk menyokong usaha segera bantuan banjir bagi pelanggan, komuniti dan kakitangan yang terjejas di seluruh negara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Hanya 1.6 peratus daripada projek-projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh 2021 hingga Mac 2024 masih belum dilaksanakan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Anak syarikat tidak langsung OSK Holdings Bhd, OSK Amanjaya Sdn Bhd memeterai perjanjian jual beli dengan Central Kedah Properties Sdn Bhd untuk membeli lima bidang tanah di Sungai Petani, Kedah bernilai RM72 juta.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri minggu ini dengan prestasi sedikit rendah pada Jumaat, berikutan pengambilan untung menguasai dagangan dalam keadaan pelabur berhati-hati.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- 99 Speed Mart Retail Holdings dan Gamuda akan menggantikan Genting dan Genting Malaysia sebagai konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan keyakinan yang meningkat bahawa terdapat satu lagi penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada pertengahan bulan ini.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Aktiviti belian pada saat-saat akhir, terutama bagi saham-saham kewangan dan perladangan, memacu momentum Bursa Malaysia untuk mengakhiri dagangan Khamis dengan lebih positif, sekali gus menamatkan penyusutan dalam sesi awal.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Deleum Bhd (Deleum), Deleum Services Sdn Bhd hari ini menandatangani perjanjian pembelian saham bagi mengambil alih 70 peratus kepentingan dalam PT OSA Industries Indonesia Pte Ltd (PT OSA) pada harga US$7 juta (RM31.3 juta).
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Kerajaan dalam proses menganalisis anggaran hasil tambahan yang boleh dikutip daripada pengenalan cukai dividen sebanyak dua peratus, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, apabila unjuran ekonomi global mendorong pelabur mengalihkan minat kepada mata wang selamat, kata penganalisis.