Terdapat 1238 berita berdasarkan kata kunci carian " ringgit "

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Sejajar Dengan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan sentimen yang lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Untung Bersih Suku Ketiga MISC Susut Kepada RM338.90 Juta

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih MISC Bhd susut kepada RM338.90 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2024 daripada RM430.40 juta pada suku ketiga 2023.

Ringgit Dibuka Mendatar Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) tinggi.

Ringgit Terus Ditutup Rendah Berbanding Dolar US

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) --  Ringgit susut berbanding dolar US untuk hari ketiga berturut-turut berikutan kenaikan Indeks Dolar US (DXY) menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) malam ini, kata seorang pakar ekonomi.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) hari ini walaupun Indeks Dolar AS (DXY) mengukuh, ia dijangka mempercepatkan permintaan untuk dolar US.

Galakan Pendapatan Pelaburan Asing Dibawa Balik Tidak Libat Jual Aset Di Luar Negara -- Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Langkah kerajaan menggalakkan pendapatan pelaburan asing syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dibawa balik dan ditukar kepada ringgit tidak melibatkan sebarang penjualan pegangan aset dan pelaburan mereka di luar negara.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa berikutan mata wang itu terus meningkat menjelang kenyataan yang akan dikeluarkan oleh pegawai Rizab Persekutuan AS (Fed) minggu ini dan penerbitan data inflasi AS esok, kata seorang ahli ekonomi. 

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh penyusutan sementara pengukuhan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu selepas lonjakan yang dipacu oleh pilihan raya, kata penganalisis.

Kerajaan Komited Kurangkan Defisit Fiskal, Kekalkan Nisbah Hutang Bawah 60 Peratus 

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) --Trend penurunan defisit fiskal menunjukkan komitmen kerajaan untuk memastikan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat dikurangkan tidak melebihi 60 peratus dicapai dalam tempoh jangka sederhana. 

KWSP Catat Pendapatan Pelaburan RM19.67 Bilion Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat RM5 bilion kepada RM19.67 bilion pada suku ketiga 2024 daripada RM14.67 bilion pada suku ketiga 2023.

Parlimen Sasar Defisit Fiskal Lebih Rendah Kepada Tiga Peratus Bagi Jangka Masa Sederhana - Lim

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI serta Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Ringgit Rendah Berbanding Dolar As Berikutan Ketidaktentuan Global Meningkat

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar AS pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi global, kata ahli ekonomi.