BERITA TERKINI   ACLE: Sanfrecce Hiroshima 2-1 JDT | 

Terdapat 2099 berita berdasarkan kata kunci carian " jumlah"

Ketidaktentuan Geopolitik, Ekonomi Dijangka Jejas Industri Penerbangan - IATA

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang berterusan memberi risiko paling ketara kepada prospek industri penerbangan, kata Ketua Pengarah Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Willie Walsh.

Bursa Malaysia Diunjur Alami Dagangan Tidak Menentu Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) --  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam julat yang tidak menentu antara 1,500 hingga 1,530 minggu depan, sementara menunggu perkembangan baharu berita yang boleh menggerakkan pasaran.

Malaysia Airlines Perkukuh Kerjasama Dengan China Tingkat Pertumbuhan Penumpang, Kargo

BEIJING, 30 Mei (Bernama) -- Malaysia Airlines sedang mempergiat usaha untuk mengukuhkan kerjasama dua hala bagi meningkatkan jumlah penumpang dan pertukaran kargo antara China dan Malaysia.

41 Sekuriti Diklafikasi Sebagai Patuh Syariah, Sembilan Lagi Bukan -- SC

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Sejumlah 41 sekuriti telah diklasifikasikan sebagai patuh syariah, manakala sembilan lagi telah dikategorikan sebagai sekuriti yang tidak patuh syariah, menurut laporan terkini Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Untung Bersih Bank Islam Turun Kepada RM126.27 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 30 Mei (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan bersih RM126.27 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025, turun 3.53 peratus daripada RM130.73 juta yang direkodkan pada suku sama tahun kewangan 2024.

KPJ Healthcare Raih Untung Bersih RM57.1 Juta Bagi Suku Pertama TK2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd mencatat keuntungan bersih RM57.1 juta bagi tempoh suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025) daripada RM71.4 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Perniagaan Perlu Tangkas, Berdaya Tahan Depani Cabaran Rantaian Bekalan - Tengku Zafrul

KLANG, 29 Mei (Bernama) -- Perniagaan digesa menerapkan strategi berdaya tahan, tangkas dan kebolehsuaian dalam operasi mereka bagi mendepani cabaran gangguan rantaian bekalan global memandangkan ketegangan geopolitik semakin menjadi perkara biasa dalam ekonomi global hari ini.

UEM Edgenta Raih Nilai Perolehan Kontrak RM1.1 Bilion Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- UEM Edgenta Bhd berjaya meraih nilai perolehan kontrak bernilai RM1.1 bilion bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac 2025.

Bursa Malaysia, Fullgoal HK, CGS MY Meterai MoU Bagi Mudahkan Penyenaraian ETF Asing

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd, Fullgoal Asset Management (HK) Ltd (Fullgoal HK) dan CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd (CGS MY) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk memudahkan penyenaraian dana dagangan bursa (ETF) asing di Bursa Malaysia.

AmanahRaya REIT Beli Hartanah Perindustrian Bernilai RM30 Juta Perkukuh Portfolio Aset

Oleh Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) - AmanahRaya Real Estate Investment Trust (ARREIT) membeli kilang berkembar satu tingkat di Teluk Panglima Garang, Selangor, dengan harga RM30 juta daripada Alpha Express Sdn Bhd untuk memperkukuh lagi portfolio aset perindustriannya.

Daripada Hobi Kepada Kerjaya, Logeswaran Mahu Terus Lebarkan Sayap perniagaan Ikan Hiasan

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Hobi memelihara ikan hiasan sejak usia 10 tahun menjadi titik permulaan kepada kejayaan Logeswaran Arumugam, 38, yang kini mengusahakan perniagaan akuarium moden dan eksklusif di bawah syarikat miliknya SLF Pearl Capital Sdn Bhd.

Malaysia Anggap Afrika Sebagai Rantau Masa Depan, Rakan Strategik - Timbalan Menteri Luar

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Malaysia melihat Afrika sebagai benua masa depan, rakan strategik serta pusat pertumbuhan global dan inspirasi yang semakin meningkat, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.