Terdapat 275 berita berdasarkan kata kunci carian " petroleum"

OPEC Akan Terus Melabur Dalam Bahan Api Fosil Walaupun Terdapat Inisiatif Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) akan terus melabur dalam pengeluaran bahan api fosil, walaupun momentum yang semakin meningkat di sebalik inisiatif kemampanan dan peralihan tenaga global.

Selat Hormuz Satu Kebimbangan Namun Industri Minyak Kekal Stabil- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Konflik Israel-Iran tidak semestinya memberikan kesan buruk ke atas industri minyak atau mekanisme harga, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan aliran penurunan minggu lepas, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang rendah dalam situasi konflik meningkat di Timur Tengah antara Israel dan Iran, kata penganalisis.

Pemimpin Berpengaruh Industri Berhimpun Di Energy Asia 2025, Pacu Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.

Harga Minyak Naik Berikutan Konflik Israel-Iran, Lonjak Saham-Saham Tenaga Bursa Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Serangan tentera Israel ke atas Iran awal hari ini telah menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara, sekali gus melonjakkan Indeks Tenaga Bursa Malaysia sebanyak 2.01 peratus kepada 740.76 mata berbanding 726.13 mata ketika ditutup semalam.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Ketegangan Geopolitik, Ketidaktentuan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Harga RON97, RON95, Diesel Kekal Bagi Tempoh 12 Hingga 18 Jun

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.07 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Jun ini.

IPP Malaysia Naik 2.7 Peratus Pada April Disokong Oleh Sektor Pembuatan - DOSM

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia bagi April 2025 merekodkan pertumbuhan 2.7 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Energy Asia 2025 Dijangka Tarik Lebih 4,000 Delegasi Global

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Energy Asia 2025 dijangka menarik lebih 4,000 delegasi antarabangsa apabila ia kembali untuk edisi keduanya dari 16 hingga 18 Jun di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Nilai Dagangan Taiwan-Malaysia Cecah RM176.10 Bilion, Tumbuh 38.5 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Taiwan muncul sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2024, dengan nilai perdagangan mencecah RM176.10 bilion, mewakili pertumbuhan 38.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global, Bukan Isu Petros - Fadillah 

KUCHING, 7 Jun (Bernama) -- Langkah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk mengurangkan tenaga kerjanya berpunca daripada cabaran global dan tidak berkaitan dengan isu syarikat minyak nasional itu dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).