BERITA TERKINI   Piala Malaysia: Perak FA 2-0 KL City FC | 

Terdapat 540 berita berdasarkan kata kunci carian " anak syarikat"

Sime Darby Property Salur RM34 Juta Kepada Battersea Project Holding Company

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya Sime Darby Property (Hong Kong) Ltd (SDPHK), menandatangani perjanjian pinjaman berfaedah untuk menyediakan pendahuluan pemegang saham berjumlah £6 juta kepada Battersea Project Holding Company Ltd (BPHCL).

CelcomDigi Pertahan Tuntutan Pelanggaran Kontrak Yang Difailkan IMMA

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CelcomDigi Bhd, CelcomDigi Mobile Sdn Bhd merancang untuk mempertahankan tuntutan yang difailkan oleh IMMA Technology Sdn Bhd atas dakwaan pelanggaran perjanjian perkhidmatan yang ditandatangani pada Mac 2022. 

Syarikat Tujuan Khas Solarvest, Press Metal Meterai PPA Solar RM380 Juta Dengan SESCO Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB), syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (MSPSB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) bernilai RM380 juta dengan syarikat kerajaan negeri Sarawak, Syarikat SESCO Bhd.

Khazanah Kekal Tidak Ulas Perbincangan Nadir Bumi Malaysia-China

Oleh Kisho Kumari Sucedaram & Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd kekal tidak memberi sebarang komen mengenai laporan yang menyatakan Malaysia dan China sedang mengadakan perbincangan berkenaan dengan projek loji penapisan nadir bumi.

Petronas Bentuk Perkongsian Strategik LNG Dengan MidOcean Energy

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah membentuk perkongsian jangka panjang dengan MidOcean Energy, sebuah syarikat gas asli cecair (LNG) diuruskan oleh EIG Global Energy Partners berpangkalan di Amerika Syarikat menerusi 20 peratus pegangan ekuiti dalam anak syarikat Kanada itu.

NCT, NGX Bekerjasama Bangun NCT InnoSphere, Pemacu Baharu Pembangunan Di Bukit Kayu Hitam

BUKIT KAYU HITAM, 29 Sept (Bernama) - Northern Gateway (NGX) dengan kerjasama Kumpulan Syarikat NCT (Kumpulan NCT) akan membangunkan Taman Perindustrian Bersepadu Pintar Terurus (MIP) NCT InnoSphere, di sini, yang bakal menjadi pemacu baharu pembangunan di kawasan ini.

ASNB Umum Agihan Pendapatan ASM 3 Sebanyak RM896 Juta

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat  milik Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan berjumlah RM896.01 juta bagi dana harga tetapnya,  Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.

PETRA Lancar Projek Rintis Solar Kediaman

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan projek rintis Projek Solar Kediaman dalam usaha meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.

Dagangan Sekuriti Ireka Akan Digantung Pada 3 Okt, Berdepan Risiko Dinyahsenarai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd akan menggantung dagangan sekuriti Ireka Corporation Bhd (ICB) berkuat kuasa 3 Okt 2025.

AirAsia Sahkan Rundingan Beroperasi Di Vietnam, Perluas Jejak Di ASEAN

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah milik Capital A Bhd, mengesahkan sedang berunding dengan rakan niaga tempatan di Vietnam yang menjadi sebahagian daripada usaha memperluas jejaknya di rantau ASEAN.

Anak Syarikat CBHB Raih Kontrak RM31.4 Juta Bagi Kerja Pusat Data Johor

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CBH Engineering Holding Bhd (CBHB), CBH Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM31.4 juta bagi melaksanakan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk stesen pendaratan pengguna (CLS) 132 kilovolt (kV) di sebuah pusat data yang dicadangkan di Johor.

Syarikat Perabot Malaysia Lepasi Sasaran Jualan RM200 Juta Di INDEX Saudi Arabia 2025

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kalangan syarikat Malaysia merekodkan jualan bernilai RM205.83 juta di INDEX Saudi Arabia 2025 yang diadakan baru-baru ini sekali gus mengatasi sasaran RM200 juta.