5bulan ago
IPOH, 28 Julai (Bernama) -- Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Perak berharap lebih banyak sesi libat urus diadakan bagi memberikan penjelasan berterusan kepada penggiat industri berhubung peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang dilaksanakan pada 1 Julai lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Pelaburan mega oleh Infineon Technologies bukan sahaja melonjakkan Malaysia sebagai pusat pengeluaran semikonduktor global, malah mewujudkan 1,500 peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Xiaomi secara rasmi telah membuka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di The Exchange TRX di sini, mengukuhkan kehadiran model perniagaan runcit baharunya di Malaysia.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Dua projek pelaburan asing yang diumumkan semasa misi perdagangan dan pelaburan kerajaan ke luar negara kini telah mula dilaksanakan sekali gus menepis dakwaan bahawa tiada hasil diperoleh daripada lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke luar negara.
5bulan ago
LABUAN, 18 Julai (Bernama) -- Kebangkitan era perdagangan digital menjadi tumpuan untuk 80 usahawan tempatan di pulau bebas cukai ini apabila mereka berkumpul hari ini untuk menghadiri Bengkel TikTok Shop yang dianjurkan oleh Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Labuan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Dana padanan berjumlah RM90 juta dalam bidang semikonduktor dilancarkan melalui Malaysia Sciene Endowment (MSE) bagi meletakkan negara sebagai hab global dalam bidang teknologi pembungkusan canggih yang kini hanya dikuasai segelintir negara seperti Taiwan.
6bulan ago
Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar
JAKARTA, 16 Julai (Bernama) -- Platform penghantaran berpangkalan di Malaysia, Haloje Delivery akan memasuki pasaran Singapura bulan depan selepas pengembangannya ke Indonesia baru-baru ini, kata Pengasas dan Pengarahnya Jalluddin Abu Hassan.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia bagi tahun ini masih kekal dalam unjuran dan berada di landasan untuk mencapai sasaran pertumbuhan empat hingga lima peratus, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand menyatakan sokongan penuh terhadap misi USANITA Group dalam memperkasakan usahawan wanita Malaysia untuk berkembang ke pasaran antarabangsa, terutamanya di rantau Australasia.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd hari ini memperkenalkan produk baharu Ar-Rahnu BIZ, inisiatif pembiayaan Islamik khas untuk syarikat berdaftar (Sdn Bhd dan enterprise) yang memerlukan akses modal pantas sehingga RM5 juta dengan menggunakan emas sebagai cagaran.
6bulan ago
SHAH ALAM, 9 Julai (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) melancarkan Program Pemecut Berkembar Selangor edisi 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) - Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah merasmikan perjanjian pembiayaan dengan Marrybrown Australia Pty Ltd untuk menyokong pembukaan 10 cawangan restoran itu di seluruh Victoria, Australia.