1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Kinergy Advancement Bhd (KAB) sedang meneroka sektor pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan pengambilalihan kepentingan sebanyak 47.5 peratus bernilai RM35 juta dalam Jati Cakerawala Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh Pesaka Ventures Sdn Bhd (PVSB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu di bawah mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) untuk Regulatori Keempat (RP4) akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Unit UUE Holdings Bhd, Kum Fatt Engineering Sdn Bhd telah memperoleh dua kontrak dengan gabungan nilai sebanyak RM27.5 juta daripada Sutera Utama Sdn Bhd untuk pemasangan, ujian dan pentauliahan kabel serta aksesori bawah tanah berkuasa 11 kilovolt (kV) dalam rangkaian pengedaran Tenaga Nasional Bhd (TNB).
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 18 Jan (Bernama) – Malaysia boleh menjangkakan peningkatan pelaburan dan perdagangan dengan United Kingdom (UK) apabila kedua-dua negara akan mempunyai perjanjian perdagangan bebas buat kali pertama menerusi Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
1tahun ago
LONDON, 18 Jan (Bernama) -- Lawatan kerja lima hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom (UK) yang berakhir hari ini, berjaya menarik potensi pelaburan bernilai RM11 bilion dalam pelbagai sektor, termasuk tenaga boleh baharu dan ekonomi digital.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Jati Tinggi Group Bhd, Jati Tinggi Holding Sdn Bhd menerima surat setuju terima daripada Tenaga Nasional Bhd untuk melaksanakan kerja kontrak bagi cadangan pembekalan secara pukal 275 kilovolt (kV) kepada sebuah pusat data di Selangor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- TNB Western Energy Bhd (TNB WE), anak syarikat milik penuh tidak langsung Tenaga Nasional Bhd (TNB) melalui TNB Manjung Five Sdn Bhd, memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Malaysia untuk mencabar taksiran cukai sebanyak RM291.55 juta bagi tahun taksiran 2018.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam persekitaran aktiviti memperelokkan akaun.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Peningkatan kos elektrik dan keperluan syarikat untuk melaporkan inisiatif penjimatan tenaga dijangka mempercepat penerimagunaan solar pada 2025, kata Kenanga Investment Bank Bhd.