11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia komited untuk menjadikan ASEAN sebagai peneraju global dalam kewangan mampan dan akan menyokong kerjasama yang lebih baik dalam pembiayaan hijau, jaringan tenaga serantau dan perluasan rangka kerja pelaburan mampan.
11bulan ago
LABUAN, 25 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah mengesahkan komitmen masing-masing untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi di kedua-dua wilayah itu.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Pembukaan kilang kedai roti halal Paris Baguette di Johor merupakan kemajuan yang signifikan dalam mengukuhkan hubungan ekonomi serta pelaburan antara Malaysia dan Korea Selatan, kata Duta Besar Korea Selatan ke Malaysia, Yeo Seung Bae.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih UOA Development Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 melonjak kepada RM287.30 juta daripada RM279.55 juta pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merekodkan sejumlah RM42.18 juta inventori terlebih nyata dan perbelanjaan terkurang nyata pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
MUKAH, 23 Feb (Bernama) -- Daro dijangka menerima bekalan elektrik sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2026, dengan pelaksanaan Fasa 3 Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) di Passin.
11bulan ago
GEORGE TOWN, 23 Feb (Bernama) -- Misi promosi pelaburan Pulau Pinang ke Jepun selama enam hari telah meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan selain mengukuhkan kedudukan negeri itu sebagai hab utama industri berteknologi tinggi.
11bulan ago
KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
BANGI, 22 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi iaitu RM186.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM145.11 juta bagi tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Perlis sedang giat membangunkan Pelabuhan Dalam Negeri (PIP) dan kemudahan maritim lain untuk menarik pelabur ke negeri itu selain merebut manfaat limpahan ekonomi daripada aliran masuk pelaburan ke dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) di Pulau Pinang.
11bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.