1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek beragregat US$1.31 bilion (US1=RM4.3415) merentasi tenor satu, tiga dan enam bulan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Gagasan Nadi Cergas Bhd bercadang untuk mengambil alih konsesi pengurusan aset asrama pelajar bernilai RM185 juta.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini ketika pilihan raya Amerika Syarikat (AS) semakin menghampiri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Syarikat komoditi pertanian global, Agrocorp International dan Megmilk Snow Brand menjalin kerjasama untuk melabur dalam kemudahan pengeluaran protein mesra alam, Agro Snow, di Johor Bahru, Johor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan menganggarkan julat aset di bawah pengurusan (AUM) antara RM500 juta - RM1.2 bilion bagi tempoh lima tahun pertama pelaksanaan Skim Pejabat Keluarga dengan sasaran menarik keluarga dari dalam negara, serantau dan rantau luar seperti Timur Tengah.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, namun terus disokong oleh ketidaktentuan politik di Amerika Syarikat dan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan melaksanakan semua teguran dan syor Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 antaranya mewujudkan pangkalan data bagi mengukur pencapaian sosioekonomi kumpulan sasar, kata Kementerian Ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Syarikat awam tersenarai (PLC) Malaysia memaparkan kemajuan dalam penggunaan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG), demikian menurut laporan Pemantauan Tadbir Urus Korporat (CG Monitor) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Penganjuran Karnival Kita Peduli mySalam yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 5,000 pengunjung.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan berhati-hati minggu depan disebabkan pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam mod berhati-hati minggu depan menjelang pilihan raya Presiden AS pada 5 Nov, 2024, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengeluarkan kenyataan berasingan mengenai kerugian sebanyak RM43.9 juta yang dialami kedua-dua syarikat itu setelah menjual pegangan dalam platform e-dagang Fashion Valet Sdn Bhd dengan harga RM3.1 juta.