1tahun ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- U Mobile memeterai satu perjanjian dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) membabitkan penglibatan syarikat telekomunikasi itu memainkan peranan penting menyokong kumpulan itu dalam usaha transformasi digitalnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) dan Lincotec Technology (Malaysia) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Linco Technology Co. Ltd, Taiwan memeterai perjanjian jual dan beli (SPA) untuk Lincotec membeli 4.02 hektar tanah perindustrian di Zon Perindustrian Bebas Senai Airport City.
1tahun ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin and Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Bersandarkan kepada prestasi kukuh pada 2024, ekonomi Malaysia dijangka terus mengekalkan pertumbuhan positifnya pada 2025, dengan keluaran dalam negara kasar (KDNK) diunjur mencecah sehingga 6.0 peratus, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bintulu Port Sdn Bhd (BPSB), anak syarikat milik penuh Bintulu Port Holdings Bhd, telah memeterai perjanjian interim (IA) ketiga dengan Kementerian Pengangkutan dan Lembaga Pelabuhan Bintulu (BPA) bagi lanjutan operasi selama 12 bulan di Pelabuhan Bintulu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Anak syariikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar di Port Dickson dengan harga RM424.4 juta.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Kalangan negara ASEAN boleh mencontohi langkah Malaysia untuk memperbaharui beberapa perjanjian perdagangan dua hala dengan negara rakan bagi meliputi elemen kemampanan dan dinamik perubahan landskap pelaburan global.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menjalankan semakan menyeluruh terhadap produktivitinya bagi menyelaraskan kaedah kerjanya, menghapuskan ketidakcekapan serta memberi tumpuan kepada usaha yang memberi nilai dan boleh diukur.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pendekatan yang dirangka secara tepat mampu menjadi langkah transformasi bagi pasaran karbon Malaysia selain menggalakkan industri mengurangkan pelepasan dan mewujudkan ekosistem perdagangan karbon yang mantap, kata Engie Services Malaysia Sdn Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Dis (Bernama) -- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Cabang perniagaan kepada perniagaan Telekom Malaysia Bhd (TM), TM One dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) mengumumkan fasa seterusnya kerjasama strategik untuk meningkatkan ekonomi, masyarakat digital dan perkhidmatan kerajaan di Sarawak melalui ketersambungan lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Nestcon Infra Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, akan membangunkan projek loji fotovoltan solar berskala besar (LSSPV) berkapasiti arus ulang alik sebanyak 14.99 megawatt (MWac) di Bongawan di Kimanis, Sabah.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Dis (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) kekal optimis mengenai prospek ekonomi Malaysia dan bursa tempatan pada tahun depan, antara lain didorong oleh dasar ekonomi yang jelas dan aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang berterusan.